Tawaran Kursus SKM Tahap 3 Bidang Editorial DBP

Pelajar lulusan SPM/STPM/ASASI/IPTA/IPTS untuk mengikuti kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 Bidang Editorial di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Untuk makluman, Sijil SKM Tahap 3 Bidang Editorial ini merupakan kursus persijilan penuh yang diiktiraf oleh kerajaan (Jabatan Pembangunan Kemahiran).

Pelaksanaan kursus ini dijalankan oleh Pusat Pembangunan Keilmuan dan Kemahiran Akademi DBP (PPKKADBP) merupakan pusat pengendali latihan kemahiran di bawah kelolaan DBP yang mana pusat latihan ini ditauliahkan oleh JPK pada tahun 2016.

Oleh itu, bagi individu yang mempunyai cita-cita menjadi seorang Editor, sila daftar segera untuk menyertai kursus ini.

Modul Ditawarkan

Modul yang ditawarkan dalam kursus ini adalah seperti berikut:

i) Pembacaan Pruf

  • Pembacaan Pruf
  • Asas Penerbitan
  • Gaya Penerbitan
  • Anatomi Buku
  • Asas Grafik
  • Pengendalian Pengarang
  • Pengurusan Fail dan Rekod

ii) Pengendalian Dokumen Prapenerbitan

  • ISBN dan Kod Bar
  • CIP dan Bahan Terbitan
  • Spesifikasi Buku
  • Perolehan Penerbitan
  • Akta Penerbitan dan Akta Hak Cipta
  • Dokumen Perjanjian Penulis

iii) Pengendalian Dokumen Penerbitan

  • Pengenalan Kerja Reka Bentuk
  • Pelaksanaan Kerja Koresponden
  • Laporan Kemajuan Manuskrip
  • Sistem Pengkalan Data
  • Penaipan Microsoft Word dan Excel
  • Pemantauan Petugas Luar

iv) Pengendalian Dokumen Pascapenerbitan

  • Penyerahan naskhah pengarang dan perpustakaan negara
  • Pengendalian buku terbitan baharu
  • Pengendalian ulasan buku
  • Tatacara penyampaian bahan digital
  • Penyimpanan dan pelupusan bahan penerbitan

Yuran Pengajian

Yuran pengajian bagi kursus ini adalah seperti berikut:

  • Yuran Pendaftaran Pelajar – RM100.00 dibayar kepada JPK
  • Yuran Pengajian – RM7000.00
  • Yuran Pendahuluan Pengajian –RM500.00 (baki yuran pengajian akan ditolak daripada yuran pendahuluan)

Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian adalah 1 tahun dan 6 bulan secara sepenuh masa.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk menyertai kursus ini adalah seperti berikut:

  1. Lulus SPM dengan kepujian dalam Bahasa Melayu.
  2. Berumur 19 tahun hingga 35 tahun.
  3. Warganegara Malaysia.
  4. Tiada masalah kesihatan yang kronik.

Tatacara Permohonan

Tatcara permohonan untuk mendaftar kursus ini adalah seperti berikut:

  1. Layari pautan berikut iaitu https://forms.gle/sraEXBKzWP2iM17W6.
  2. Isi maklumat pendaftaran yang diperlukan.
  3. Lengkapkan permohonan berikut.
  4. Klik “Submit” untuk menghantar permohonan.

Keterangan Lanjut

Keterangan lanjut mengenai Sijil SKM Tahap 3 Bidang Editorial ini, sila hubungi PPKKADBP di talian 03-21470210/0221/0225.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: