LAKSAMANA 2.0: Prorgam Latihan Kemahiran Anak ATM & Veteran ATM

Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (YLTAT) dengan kerjasama rakan strategik, Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) menawarkan Program Latihan Kemahiran Anak ATM dan Veteran ATM (LAKSAMANA 2.0)

Berikut adalah maklumat dan info mengenai program latihan ini.

Mengenai LAKSAMANA 2.0

LAKSAMANA 2.0 merupakan Program Latihan dan Penempatan (Train & Place) kepada anak ATM dan veteran ATM.

Program ini menawarkan peluang kemahiran dan sijil profesional dalam bidang TVET dengan jaminan peluang pekerjaan selepas tamat latihan serta lulus ujian.

Objektif program ini diwujudkan adalah untuk:

  • Menawarkan kemahiran dan sijil profesional dalam bidang TVET dengan jaminan peluang pekerjaan selepas tamat latihan dan lulus ujian.
  • Merupakan kursus latihan di dalam bidang Ujian Tanpa Musnah (Non-Destructive Test (NDT).

Kelebihan LAKSAMANA 2.0

Kelebihan yang bakal dinikmati menerusi program ini adalah:

  • Laluan untuk mendapatkan peluang pekerjaan dalam industri Oil & Gas
  • Anggaran gaji permulaan sebanyak RM1,500.00
  • Yuran sepanjang kursus latihan (makan-minum serta penginapan) ditanggung sepenuhnya.
  • Elaun Latihan Sambil Bekerja akan diberikan kepada peserta dengan anggaran RM500.00 selama 2 bulan.
  • Peserta Iayak menerima International Personnel Certification Scheme (ICPS) dan Oil And Gas Safety Passport (OGSP) setelah lulus ujian.

Kursus Ditawarkan & Tempoh Latihan

Kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Liquid Penetrant Testing level 2
  • Magnetic Particle Testing Level 2

Tempoh latihan adalah 14 hari latihan kursus dan 2 bulan latihan sambil bekerja.

Kelayakan Pemohon

Kelayakan pemohon ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Anak warga dan veteran ATM.
  • Berumur 18 tahun hingga 40 tahun sahaja.
  • Sihat tubuh badan dan tiada kecacatan fizikal.
  • Mempunyai Body Mass Index (BMI) tidak melebihi 35.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti di bawah:

  1. Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma atau setaraf.
  2. Kebolehan dari segi pemahaman menulis dan mengira.
  3. Kebolehan bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Cara Memohon

Jika berminat, sila buat permohonan menerusi pautan https://forms.gle/gh7zpwDq6sMMqqmn8.

Program ini terhad kepada 40 orang peserta sahaja.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai program ini, sila layari laman web Yayasan LTAT iaitu https://www.yayasanltat.org.my.

Baca juga: Program Graduan Kijang 2024: Latihan Kerjaya BNM

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: