Koleksi Latih Tubi Penulisan Bahasa Melayu Tahun 1-3

Bagi ibu bapa atau guru yang menginginkan anak atau murid menguasai kemahiran penulisan dengan baik, adalah dicadangkan untuk memberi mereka latih tubi penulisan Bahasa Melayu untuk menguasai kemahiran ini.

Berikut adalah contoh koleksi latih tubi yang boleh dimuat turun secara percuma.

Maksud Latih Tubi

Teknik latih tubi ialah aktiviti pengulangan fakta-fakta yang dipelajari.

Dalam erti kata yang lain, teknik latih tubi bertujuan untuk menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada murid tentang sesuatu pembelajaran spesifik supaya mereka dapat menguasai pembelajaran dan kemahiran yang tertentu.


Tujuan teknik ini adalah untuk mencapai penguasaan kemahiran di samping menjamin ketekalannya.

Teknik ini boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, menulis ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.

Melalui teknik ini, murid-murid akan mengalami proses yang berulang kali untuk memantapkan kemahiran mereka.

Muat Turun Latih Tubi Kemahiran Penulisan Bahasa Melayu

Latihan kemahiran ini boleh dimuat turun seperti di bawah:

Sumber: Koleksi BBM Portal Pilihan Guru Masa Kini 

Baca juga: Panduan & Contoh Karangan Ulasan Bahasa Melayu

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: