Permohonan Latihan Industri (LI) FELDA 2025

Pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang sedang mencari penempatan Latihan Industri (LI) boleh memohon untuk menjalankan LI FELDA pada tahun 2025.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai perkara ini.

Mengenai FELDA

FELDA adalah agensi yang ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 (Akta 474) untuk pembangunan tanah dan penempatan semula dengan objektif pembasmian kemiskinan melalui penanaman tanaman minyak sawit dan getah.

Antara fungsi utama agensi ini adalah untuk melaksanakan projek-projek pembangunan tanah dan aktiviti pertanian, perindustrian dan komersial sosial ekonomi.

Agensi ini juga telah melancarkan beberapa entiti korporat swasta terutamanya untuk memastikan pertumbuhan bagi manfaat peneroka dapat dinikmati seperti FELDA Holdings Sendirian Berhad, FELDA Plantations Sendirian Berhad dan FELDA Global Ventures (FGV). 

Pada masa ini, agensi ini menjalankan peranan utamanya dengan menyediakan beberapa kemudahan yang mencukupi dan moden di kawasan rancangan FELDA bagi memastikan generasi para peneroka seterusnya mendapat asas pendidikan yang elok dan wajar termasuk berpendidikan tinggi kepada yang sesuai untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi dan kualiti hidup mereka.

Tempoh LI

Tempoh LI yang ditawarkan kepada para pelajar adalah Julai hingga September 2025.

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang layak untuk memohon adalah seperti berikut:

  • Asas Tani
  • Kewangan
  • Pengurusan
  • Perladangan
  • Sosial
  • Teknologi

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk menjalankan LI di agensi ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia. Keutamaan diberikan kepada warga FELDA.
  2. Sedang mngikuti pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di IPTA/S dalam atau luar negara.
  3. Mendapat CGPA semasa 3.0 dan ke atas.
  4. Tempoh latihan tidak kurang dari 60 hari.
  5. Bertepatan dengan bidang keutamaan berkaitan dengan FELDA.
  6. Bayaran elaun tertakluk kepada kadar yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

Cara Memohon

Pelajar-pelajar yang berminat boleh mendaftar melalui Scan QR atau capaian https://shorturl.at/Slm8H bermula 1 Jun 2025 sehingga 30 Jun 2025.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai permohonan LI FELDA di agensi ini, sila hubungi :

JABATAN PENGURUSAN MODAL INSAN
LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN (FELDA)
Tingkat 41, Menara FELDA, Platinum Park
No. 11, Persiaran KLCC
50088 Kuala Lumpur
[email protected]

Baca juga: Semakan Keputusan Rayuan Kemasukan Matrikulasi KPM 25/26

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: