Tawaran Latihan Praktikal Pelajar IPT Di SME Corp

Bagi pelajar yang ingin mencari tawaran latihan praktikal di mana-mana syarikat, SME Corp telah membuka tawaran kepada pelajar IPT yang berhasrat untuk menjalani latihan praktikal di agensi tersebut.

SME Corp. adalah di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang ditubuhkan pada 2 Mei 1996 yang berperanan menyelaras pelaksanaan program pembangunan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merentasi kesemua kementerian dan agensi.

Agensi ini juga bertanggungjawab menjadi pusat rujukan bagi penyelidikan dan penyebaran data berkaitan PKS dan usahawan, serta menyediakan khidmat nasihat untuk PKS dan usahawan di seluruh negara. 

Permohonan untuk menjalani latihan di agensi ini boleh dibuat sebelum 11 September 2022.

Bidang Pengajian

Pelajar yang melanjutkan pengajian dalam bidang pengajian berikut layak untuk memohon:

  • Pengajian Ekonomi
  • Perbankan
  • Perniagaan Antarabangsa
  • Pentadbiran Perniagaan
  • Pemasaran

Pejabat Penempatan

Tawaran latihan praktikal ini adalah untuk penempatan di:

  • Ibu Pejabat SME Corp Malaysia
  • Pejabat Negeri Kedah
  • Pejabat Negeri Pahang
  • Pejabat Negeri Sembilan

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi pelajar yang ingin membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Terbuka kepada pelajar yang sedang mengikuti program Diploma/Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengajian yang ditetapkan dan diiktiraf sahaja.
  3. Pelajar tersebut mestilah sedang mengikuti pengajian di IPTA/IPTS dalam dan luar negara.
  4. Tempoh minimum praktikal adalah 3 bulan dan tempoh boleh dilanjutkan tertakluk kepada keperluan serta peraturan semasa.
  5. Hanya permohonan dalam talian (online) yang lengkap sahaja dipertimbangkan.
  6. SME Corp. berhak sepenuhnya menolak permohonan tanpa memberi sebarang alasan.
  7. Sekiranya pelajar tidak menerima maklum balas dalam tempoh 1 bulan daripada tarikh tutup, permohonan dianggap tidak berjaya.
  8. SME Corp. tidak menerima permohonan melalui pos.
  9. Penempatan pelajar adalah seperti yang ditetapkan sahaja.

Cara Memohon

Untuk memohon, permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://oaserver.smecorp.gov.my/oa/praktikal.nsf/internship.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai Latihan Praktikal di SME Corp, sila hantar email ke [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: