Permohonan Latihan Praktikal Pelajar IPTA/S SME Corp. Malaysia

Para pelajar di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Swasta (IPTS) dalam atau luar negara yang ingin memohon latihan praktikal bagi melengkapkan pengajian mereka, SME Corp. Malaysia menawarkan latihan praktikal di agensi tersebut selama.

Untuk pengetahuan, SME Corp. Malaysia merupakan agensi penyelaras pusat di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).

Fungsi agensi ini adalah bagi menyelaras pelaksanaan program pembangunan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merentasi kesemua kementerian dan agensi yang berkaitan.

Selain itu, ia juga bertindak sebagai pusat rujukan bagi penyelidikan dan penyebaran data berkaitan PKS dan usahawan, serta menyediakan khidmat nasihat untuk PKS dan usahawan di seluruh negara. 

Pelajar yang berminat untuk memohon latihan praktikal di SME Corp. boleh menghantar permohonan sebelum atau pada 1 Februari 2022.

Tempoh Latihan Praktikal

Tempoh latihan praktikal di SME Corp. Malaysia ini adalah minimum selama 3 bulan dan tempoh ini boleh dilanjutkan berdasarkan kepada persetujuan dan arahan daripada pihak kolej universiti.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi pelajar yang ingin memohon adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  2. Permohonan latihan praktikal ini terbuka kepada pelajar yang mengikuti program Diploma dan Ijazah yang diiktiraf sahaja.
  3. Permohonan dibuka kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di IPTA/S dalam dan luar negara.
  4. Tempoh minimum latihan praktikal ini adalah selama 3 bulan dan sebarang pelanjutan adalah bergantung kepada persetujuan daripada pihak kolej atau universiti yang terlibat.
  5. Permohonan hanya akan diproses bagi permohonan yang lengkap dan melalui pautan yang diberikan sahaja.
  6. SME Corp. Malaysia berhak menolak sebarang permohonan tanpa mengemukakan sebarang alasan.
  7. Pemohon yang tidak menerima maklum balas selama 1 bulan dianggap tidak berjaya.
  8. Penempatan bagi latihan praktikal ini adalah seluruh Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://oaserver.smecorp.gov.my/oa/praktikal.nsf/internship.
  2. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  3. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Surat permohonan universiti untuk menjalani latihan industri.
  2. Salinan kad pengenalan.
  3. Salinan kad matrik/pelajar.
  4. Salinan transkrip.
  5. Resume ringkas beserta gambar.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai latihan industri ini, sila hantar email ke [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: