Panduan Pemakaian Lencana Jalur Gemilang KPM

Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengumumkan akan melaksanakan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid di institusi pendidikan bawah kelolaannya.

Oleh kerana itu, ibu bapa mestilah merujuk kepada garis panduan pemakaian lencana ini bagi memastikan pemakaian lencana ini dibuat dengan betul.

Arahan Pemakaian Lencana Jalur Gemilang

Arahan pemakaian lencana ini melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 3 2025.

Inisiatif yang melibatkan semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru Malaysia ini dilaksanakan bertujuan untuk menyemai semangat patriotisme dan cinta akan negara dalam kalangan murid dan warga pendidik.

Oleh itu, KPM telah menyediakan garis panduan pada Pakaian Seragam Murid di Institusi Pendidikan bawah KPM yang disertakan bersama surat pekeliling tersebut sebagai panduan tentang tatacara pemakaian lencana ini pada pakaian seragam murid.

Tujuan Utama Pemakaian Lencana Jalur Gemilang

Tujuan utama pemakaian lencana ini adalah bertepatan dengan fungsi institusi pendidikan untuk menyemai rasa cinta akan negara dan menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda.

Ini juga sebagai salah satu usaha daripada peringkat akar umbi bagi memastikan semangat berkenaan terus subur.

Tarikh Mula Pemakaian

Murid atau pelajar dikehendaki untuk memakai lencana ini mulai 21 April 2025.

Oleh itu, ketua jabatan dan pentadbir di setiap peringkat seperti JPN, PPD dan institusi pendidikan di bawah KPM bertanggungjawab memastikan pelaksanaannya berjalan lancar.

Pembekalan Lencana

KPM akan membekalkan lencana ini sebanyak 2 unit secara percuma bagi semua murid untuk sesi persekolahan 2025/2026.

Murid & Pelajar Yang Terlibat

Murid dan pelajar yang terlibat dalam pemakaian lencana ini adalah:

  • Murid sekolah kerajaan
  • Murid sekolah bantuan kerajaan
  • Pelajar Kolej Matrikulasi
  • Pelatih Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)

Cara Pemakaian

Secara umumnya, lencana Jalur Gemilang tersebut mestilah dipakai di kanan atas uniform persekolahan murid atau pelajar.

Selain itu, pelajar tidak boleh mengubah saiz, bentuk atau warna lencana Jalur Gemilang yang ditetapkan serta lencana hendaklah bersih, tidak rosak dan kemas sentiasa.

Muat Turun Garis Panduan

Muat turun garis panduan pemakaian lencana ini dengan merujuk kepada file di bawah:

Info Lanjut

Info lanjut mengenai pemakaian lencana ini, sila layari laman web https://www.moe.gov.my.

Baca juga: Permohonan Bantuan Biasiswa Sekolah MAIWP Ting. 1 2025

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: