Kelayakan Piala Dunia: Live Streaming Malaysia vs Chinese Taipei

Skuad Harimau Malaya akan memulakan kempen Piala Dunia/Piala Asia bertemu dengan Chinese Taipei di Stadium Perbandaran Taipei pada jam 7.00 malam waktu Malaysia.

Untuk makluman, perlawanan tersebut adalah untuk merebut slot Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Untuk rekod, skuad Harimau Malaya tidak pernah layak ke pentas kelayakan terakhir Piala Dunia zon Asia.

Jika layak dan berjaya kali ini, ianya merupakan sejarah baharu buat bola sepak Malaysia.

Pada aksi kelayakan terakhir nanti, 18 pasukan terbaik kelayakan kedua bakal bersaing merebut lapan slot untuk layak ke peringkat Piala Dunia 2026 yang akan berlangsung di Amerika Syarikat (AS), Mexico dan Kanada.

Format Piala Dunia 2026

Piala Dunia 2026 yang berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico akan bermula dengan 12 kumpulan membabitkan empat negara dalam satu kumpulan.

Ini adalah perubahan daripada perancangan format asal iaitu 16 kumpulan yang terdiri daripada 3 pasukan sahaja.

Menurut Fifa, format yang diubah itu memastikan tiada risiko pakatan sulit dan semua pasukan dapat bermain minimum tiga perlawanan yang memberikan keseimbangan masa rehat antara pasukan yang bertanding.

Ia bermakna akan ada 104 perlawanan di dalam Piala Dunia tersebut, berbanding 64 perlawanan pada kejohanan 2022.

Jumlah keseluruhan pasukan yang akan menerima slot automatik ke Piala Dunia 2026 ini adalah 46 pasukan. 2 lagi slot untuk mencukupkan 48 pasukan akan ditentukan melalui pusingan play-off.

Live Streaming Malaysia vs Chinese Taipei

Untuk live streaming Malaysia vs Chinese Taipei, orang ramai boleh menyaksikannya menerusi siaran Astro Arena menerusi aplikasi Astro Go.

Bagi mereka yang melanggan Astro, anda boleh memuat turun aplikasi ini dan mendaftar untuk memastikan anda tidak terlepas aksi perlawanan ini.

Selain itu, orang ramai juga boleh menonton melalui aplikasi Sooka serendah RM1.15 sehari yang boleh ditonton menerusi pautan https://sooka.my/.

Tayangan Skrin Besar

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga menyediakan tayangan skrin besar kepada penyokong Hariumau Malaya di 16 lokasi yang telah dipilih di seluruh negara.

Berikut adalah senarai lokasi yang telah ditetapkan:

  1. Dataran Putrajaya, Persint 3
  2. Uptown Puchong Night Bazar
  3. Dataran Flat Sri Kota, Bandar Tun Razak
  4. Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar
  5. Kompleks Medan Selera Pauh Jaya, Bukit Mertajam
  6. Mydin Mall Tunjong, Kota Bharu
  7. Rumah Panjang Sungai Buluh, Sadong Jaya, Samarahan

Sumber: https://stadiumastro.com/bola-sepak/kelayakan-piala-duniapiala-asia-info-siaran-langsung-live-streaming-chinese-taipei-vs-malaysia-250128

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: