Login e-Baki MARA: Semak Baki Pinjaman Pelajaran MARA

Individu yang mempunyai pinjaman pelajaran dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA), semakan baki pinjaman boleh dibuat melalui sistem e-Baki MARA secara atas talian.

e-Baki MARA adalah sistem yang menawarkan beberapa perkhidmatan kepada individu yang menerima pinjaman MARA sebelum ini.

Oleh yang demikian, sistem ini memudahkan individu yang mempunyai pinjaman pelajaran MARA untuk membuat semakan baki dan mendapatkan penyataan pinjaman.

Perkhidmatan & Akses e-Baki MARA

Menerusi e-Baki MARA, pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan dan akses terhadap perkara berikut:

  • Penyata baki pinjaman pendidikan
  • Penyata pinjaman pendidikan
  • Permohonan pengurangan pinjaman pelajaran
  • Permohonan emoratorium
  • Pembayaran pinjaman pendidikan

Cara Membuat Semakan

Untuk membuat semakan baki pinjaman pelajaran MARA, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://apps.mara.gov.my/ebakiv2/.
  2. Klik pada bahagian ‘Pengguna Baru.’
  3. Masukkan nombor kad Pengenalan dan klik butang ‘Cari.’
  4. Setelah mendaftar, log masuk pada halaman utama Portal e-Baki MARA menggunakan ID Pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  5. Senarai pinjaman pelajaran MARA dipaparkan.

Soalan Lazim e-Baki MARA

Saya lihat di e-Baki ada transaksi bayaran pada 14hb (contoh), tapi sekarang
sudah 20hb masih belum ada transaksi bayaran di akaun bank saya. Mengapa transaksi bayaran belum ada?

Transaksi bayaran yang dikemaskini pada setiap pertengahan bulan adalah
untuk bayaran yang dijadualkan akan dikreditkan ke akaun bank pelajar pada 1hb
bulan berikutnya.

Saya lihat di e-Baki saya ada transaksi bayaran elaun sara hidup (DLES) dan
yuran (DLYD), tetapi kenapa di akaun bank cuma ada bayaran elaun sara hidup?

Pembayaran elaun sara hidup (DLES) adalah terus kepada akaun bank
pelajar manakala bermula 1 September 2016 pembayaran yuran (DLYD) pelajar
tajaan MARA di IPMa dan IPTS adalah terus kepada institusi pengajian masing-masing.

Saya lihat di e-Baki ada transaksi bayaran elaun sara hidup pertama saya
RM4,200 (contoh), tetapi kenapa di akaun bank saya, hanya menerima RM3,600
(kurang RM600)?

Amaun potongan RM600 adalah potongan untuk bayaran balik Pinjaman
Pendahuluan MARA yang ditolak terus dari elaun sara hidup sebanyak RM100
sebulan. Memandangkan elaun sara hidup pertama dibayar untuk tempoh 6 bulan,
maka potongan pendahuluan juga dibuat untuk tempoh 6 bulan (RM100 x 6 bulan). Potongan RM100 akan terus berjalan sehingga habis baki Pinjaman Pendahuluan
MARA.

Bilakah saya perlu membuat bayaran balik pinjaman pelajaran MARA?

Bayaran balik pinjaman pelajaran MARA dijadualkan bermula bulan ke 7
selepas pelajar tamat tajaan.

Saya ingin menjelaskan bayaran balik, bagaimanakah cara bayaran dibuat?

Bayaran balik boleh dilakukan di Pejabat MARA Daerah/Negeri yang
berdekatan, Pejabat Pos, melalui potongan gaji majikan, pengeluaran KWSP atau
melalui sistem perbankan atas talian (online banking).

Saya telah lulus pengajian, adakah saya layak untuk memohon pengurangan
bayaran balik?

Ya, layak untuk memohon pengurangan bayaran balik. Peminjam boleh
buat permohonan melalui sistem e-Baki.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai sistem e-Baki MARA, sila layari laman web https://apps.mara.gov.my/ebakiv2/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: