Login eGTukar: Permohonan Pertukaran Guru Sekolah KPM

eGTukar adalah sistem pengurusan pertukaran guru di Malaysia yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah) dan guru.

Sistem adalah merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS),
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru.

Sistem ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.

Kategori Pengguna

Terdapat dua pengguna utama sistem eGTukar ini iaitu guru dan pentadbir sistem:

  • Guru: Hanya pengguna (guru) yang telah didaftarkan oleh Pentabir Sistem sahaja dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan sistem ini.
  • Pentadbir sistem: Hanya pentadbir sistem yang telah dilantik sahaja dibenarkan untuk menggunakan modul ini mengikut peranan yang telah ditetapkan oleh KPM.

Kriteria Pertukaran

Kriteria pertukaran yang melayakkan guru untuk memohon pertukaran adalah seperti berikut:

  • Kekosongan jawatan
  • Kepentingan perkhidmatan
  • Keperluan opsyen di negeri yang dimohon

Jenis Guru Layak Memohon

Terdapat beberapa jenis guru yang layak memohon pertukaran melalui eGTukar iaitu:

  • Guru Cemerlang
  • Guru Tingkatan 6
  • Guru Penolong Gred DG29
  • DG32 (KUP Time-based)
  • DG34 (KUP Time-based)
  • DG38 (KUP Time-based)
  • DG41
  • DG42
  • DG44 (KUP Time-based)
  • DG48 (KUP Time-based)
  • DG52 (KUP Time-based)
  • DG54 (KUP Time-based) sahaja

Cara Login eGTukar

Untuk login eGTukar, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://epgo.moe.gov.my/. Paparan akan menunjukkan gambar di bawah.

2. Klik ‘Di Sini’ pada bahagian ‘Dapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan.’ Isi semua maklumat yang diperlukan dalam bahagian ‘Daftar Masuk’ dan klik butang ‘Simpan.’

3. Masukkan ID pengguna, kata laluan, dan kad pengenalan diikuti dengan butang ‘OK.’

4. Buat permohonan pertukaran dan ikuti arahan yang diberikan.

5. Log keluar apabila semua permohonan selesai dilakukan.

Soalan Lazim

Bilakah keputusan permohonan pertukaran akan diumumkan?

Tarikh keputusan permohonan akan diumumkan melalui laman web eGTukar secara dalam talian.

Apakah tempoh yang melayakkan seseorang itu lulus permohonan untuk bertukar?

Kelulusan tidak tertakluk kepada tempoh berkhidmat secara mutlak. Ia bergantung kepada kepentingan perkhidmatan, kekosongan perjawatan, dan keperluan opsyen di negeri khidmat semasa dan negeri dipohon.

Adakah pertukaran suka sama suka boleh dilaksanakan?

Tiada pertukaran suka sama suka dilaksanakan. Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3 1975 Panduan Pertukaran Guru.

Bolehkan saya membuat rayuan sekiranyan permohonan saya tidak diluluskan?

Keputusan adalah muktamad dan tiada permohonan rayuan dibuka. Para guru dinasihatkan untuk membuat permohonan baharu pada sesi pertukaran akan datang.

Maktlumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai eGTukar, sila layari laman web https://epgo.moe.gov.my/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *