eSPBT: Login Sistem Pengurusan Buku Teks Sekolah

Untuk memudahkan urusan pesanan buku teks, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membangunkan satu sistem untuk tujuan pesanan buku teks pada masa akan datang iaitu Sistem Pengurusan Buku Teks (eSPBT).

eSPBT diwujudkan bagi memudahkan urusan pesanan dan pengurusan murid dan ibu bapa dalam memesan buku teks di sekolah.

Ini adalah bagi menggantikan proses manual yang lazimnya dilakukan oleh pihak sekolah dalam urusan pesanan buku teks terutamanya ketika permulaan sesi persekolahan.

Sistem ini sudah pasti menjimatkan masa pihak sekolah terutamanya para guru dalam menguruskan pesanan buku teks kepada murid-murid.

espbt

Proses & Tanggungjawab eSPBT

Bagi menggunakan sistem ini, terdapat proses dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh pihak pentadbir sekolah bagi melicinkan pengurusan melalui eSPBT seperti:

Proses KerjaTanggungjawab
Kemaskini profil Guru Penyelaras SPBT
Sekolah
Guru Penyelaras SPBT
Persediaan sebelum pengisian data enrolmen
murid dan pesanan buku teks (Pra Pesanan)
Guru Penyelaras SPBT
Pengisian enrolmen murid dan pengesahan
enrolmen murid
Guru Penyelaras SPBT
Kemaskini profil Pengetua/Guru BesarPengetua/Guru Besar
Pengesahan pengisian enrolmen muridPengetua/Guru Besar
Pengisian pesanan buku teks SPBTGuru Penyelaras SPBT
Semakan ralatGuru Penyelaras SPBT
Pengesahan data pesananGuru Penyelaras SPBT
Pengesahan data pesanan sekolahPengetua/Guru Besar
Janaan laporanGuru Penyelaras SPBT
Pengetua/Guru Besar

Cara Login eSPBT

Untuk cara-cara login eSPBT, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web eSPBT iaitu https://espbt.moe.gov.my/.
  2. Masukkan ID Pengguna (kod sekolah) dan kata laluan diikuti dengan butang login.
espbt

3. Kemaskini profil guru SPBT sekolah dan klik butang ‘Kemaskini’ apabila semua selesai.

espbt

4. Bagi pengisian data enrolmen murid dan pesanan buku teks (pra pesanan), klik butang Muatturun Format Excel untuk muat turun borang maklumat stok dan
unjuran enrolmen murid dan isikan maklumat yang diperlukan.

5. Bagi pesanan buku teks, klik menu ‘Pesanan’ dan klik bahagian ‘BCS Teras.’

6. Pilih tahun/tingkatan diikuti dengan klik ‘Tambah Buku’ dan klik tanda √ untuk buku yang berada dan digunakan di sekolah.

Panduan lanjut: Bahan Taklimat Pesanan

SENARAI TAJUK BAHAN
1.Panduan Am Proses Pesanan Buku Teks SPBT Tahun 2023 (Kegunaan Mulai Tahun 2024)
2.Borang Unjuran Enrolmen Murid Arus Perdana
3.Borang Unjuran Enrolmen Murid Dual Language Programme (DLP)
4.Borang Unjuran Enrolmen Murid Pendidikan Khas
5.Contoh Borang Maklumat Stok Pendidikan Khas

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai eSPBT, sila hantar email ke alamat [email protected] atau menghubungi pihak pentabir eSPBT di talian:

  • Abd Razak Bin Mohamad Yusof: 03-8884 4312
  • Maizura Binti Rejab: 03-8884 4352
  • Mohammad Zahid Bin Mohammad Sabri: 03-8884 4296
  • Mohd Hairi Bin Yusof: 03-8884 4470
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: