Login Google Classroom KPM: Pengajaran & Pembelajaran Dalam Talian

Untuk pengetahuan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan peralihan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian daripada Frog VLE kepada Google Classroom mulai 2019.

Ini selepas kontrak perkhidmatan 1BestariNet Fasa 2 KPM ditamatkan yang mengakibatkan proses pembelajaran dan pengajaran dilakukan sepenuhnya melalui Google Classroom.

Google Classroom ialah merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Google secara percuma bagi institusi pendidikan sama ada sekolah dan univerisiti untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara atas talian di seluruh dunia.

Menerusi aplikasi ini juga, para guru dan murid boleh menjalankan proses perkongsian fail yang dihubungkan melalui Google Drive, Gmail serta Google Calendar.

Ini memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran tetap dapat dijalankan sekalipun sebahagian sekolah masih ditutup secara bersemuka akibat penularan wabak COVID-19.

Kelebihan Google Classroom

Terdapat beberapa kelebihan para guru dan murid yang menggunakan aplikasi ini bagi tujuan pembelajaran dan pengajaran iaitu:

  • Memberikan kemudahan kepada guru dan murid yang dapat menggunakan aplikasi ini di mana-mana juga sama ada menerusi laptop atau telefon bimbit.
  • Aplikasi ini boleh digunakan oleh semua pengguna yang mempunyai akaun Gmail.
  • Di hubungkan dengan aplikasi Google lain seperti Gmail, Google Drive dan Google Calendar.
  • Semakan pembelajaran melalui aplikasi ini boleh dilakukan oleh ibu bapa.

Cara Login Google Classroom

Aplikasi ini boleh digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran oleh para guru dan murid-murid.

Cara untuk login aplikasi ini bagi guru adalah seperti berikut:

  1. Muat turun aplikasi Google Classroom melalui pautan https://classroom.google.com/.
  2. Klik butang ‘Go to Classroom.’
  3. Log masuk menggunakan akaun moe yang diberikan.
  4. Klik bahagian ‘+’ diikuti dengan ‘Create Class.’
  5. Isi maklumat mengenai kelas seperti nama kelas, bahagian, subjek dan bilik darjah.
  6. Masukkan semua murid-murid ke dalam kelas dengan klik butang ‘People.’
  7. Muat naik semua bahan pengajaran serta tugasan dengan klik bahagian ‘Classwork’ dikuti dengan butang ‘Create.’

Untuk murid, cara untuk login aplikasi ini adalah seperti berikut:

  1. Login dengan memasukkan ID pengguna dan kata laluan yang diberikan oleh diberikan oleh guru kelas.
  2. Setelah login, guru akan memasukkan murid-murid ke dalam kelas.
  3. Tunggu proses tersebut selesai sebelum pembelajaran dan pengajaran dimulakan.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Google Classroom KPM, sila hubungi 016-662 8915 atau email ke [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: