Login MYFutureJobs: Portal Pencarian Pekerjaan 2024

Graduan atau mereka yang berhasrat untuk mencari pekerjaan, anda boleh mencari pekerjaan melalui portal MYFutureJobs.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai portal ini.

Mengenai MYFutureJobs

MYFutureJobs merupakan Portal Pekerjaan Nasional Malaysia untuk semua pencari kerja dan majikan. 

Portal ini juga menggunakan teknologi AI dan algoritma pemadanan yang disahkan untuk menyediakan padanan kerja paling tepat berdasarkan kemahiran dan kecekapan pencari kerja.

Tambahan pula, portal ini diwujudkan oleh Kementerian Sumber Manusia bagi memudahkan para pencari kerja mendapatkan pekerjaan dan majikan mendapatkan pekerja yang diperlukan.

Kaedah padanan menerusi di portal ini tidak hanya terhad pada nama jawatan sahaja, namun turut melibatkan padanan kemahiran dan kompetensi pencari kerja dengan profil pekerjan yang ditawarkan oleh majikan.

Kaedah ini adalah berdasarkan kepada penekanan aspek kemahiran dan kopetensi dalam padanan pekerjaan, untuk hasil padanan pekerjaan yang lebih tepat berbanding kaedah biasa. 

Perkhidmatan MYFutureJobs

Terdapat beberapa perkhidmatan yang ditawarkan menerusi portal ini antaranya:

  • Peningkatan Kemahiran
  • Panduan Kerjaya
  • Portal Pekerjaan Swasta
  • Keusahawanan
  • Perlindungan Pekerjaan
  • Pekerjaan Belia

Tatacara Untuk Mendaftar

Untuk mendaftar dalam portal ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://myfuturejobs.gov.my/.
  2. Klik butang “Jobseeker.”
  3. Klik bahagian “Sign In.”
  4. Klik “Register” dan masukkan maklumat yang diperlukan diikuti dengan butang “Register.”
  5. Setelah selesai mendaftar, login dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  6. Lengkapkan dan kemaskini maklumat yang diperlukan.

Tatacara Untuk Mencari Pekerjaan

Untuk mencari pekerjaan melalui portal ini, sila rujuk kepada panduan di bawah:

  1. Layari laman web https://myfuturejobs.gov.my/.
  2. Klik butang “Jobseeker.”
  3. Tuliskan pekerjaan yang diingini beserta tempat yang dikehendaki.
  4. Senarai pekerjaan dipaparkan.
  5. Klik butang “Apply” untuk membuat permohonan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai portal ini, sila layari laman web https://myfuturejobs.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: