Login MyGovUC 2.0: Portal Komunikasi & Kolaborasi Bersepadu

Mulai 1 Januari 2021, semua penjawat awam di kementerian/agensi yang sebelum ini menggunakan MyGovUC kini telah beralih ke MyGovUC 2.0.

Untuk makluman, portal MyGovUC merupakan portal yang menyediakan perkhidmatan komunikasi dan kolaborasi bersepadu yang diuruskan secara berpusat oleh Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit (MAMPU).

MyGovUC 2.0 dilaksanakan sebagai langkah penjimatan kos melalui komunikasi yang diintegrasikan secara kolaboratif yang mana semua sektor awam di Malaysia boleh berhubung dan menjayakan sesuatu projek melalui sistem komunikasi yang ditawarkan oleh MyGovUC 2.0.

Menerusi portal ini, beberapa perkhidmatan ditawarkan dengan menggabungkan saluran-saluran komunikasi e-mel, persidangan video dan audio, instant messaging serta Sistem Pengurusan Identiti.

Keistimewaan MyGovUC 2.0

Terdapat beberapa keistimewaan yang boleh digunakan penjawat awam melalui portal ini iaitu:

  • Satu aplikasi bagi keperluan perhubungan dan kolaborasi.
  • Dapat digunakan melalui peranti yang boleh menggunakan browser dan aplikasi mobile.
  • Single sign on iaitu akses ke semua perkhidmatan MyGovUC2.0.
  • Boleh bermesyuarat di mana-mana dengan selamat dan selesa.
  • Memudahkan kolaborasi menggunakan dokumen yang disimpan di dalam talian.
  • Dapat berhubung dan bekolaborasi dalam kumpulan.
  • Memudahkan perhubungan antara individu dengan sejarah chatting yang disimpan.
  • Jaminan kawalan akses dan pelindungan maklumat.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan

Portal MyGovUC 2.0 ini menyediakan perkhidmatan utama seperti:

  • E-mel: E-mel dapat diakses melalui kemudahan desktop dan peranti mudah alih.
  • SmartAttach: Perkhidmatan ini membolehkan pengguna melampirkan dokumen yang bersaiz besar melebihi 15 MB melalui e-mel.
  • TeamChat: Perkhidmatan ini mempunyai fungsi kolaborasi untuk pasukan atau projek serta mempunyai fungsi lebih berbanding WebChat iaitu perkongsian fail, panggilan conference, penjadualan temujanji dan lain-lain.
  • Web Documents: Perkhidmatan ini adalah bagi aplikasi desktop manakala bagi peranti mudah alih dikenali sebagai iceChat. WebChat menyediakan pelbagai kaedah untuk berkomunikasi dengan contact yang ada seperti penghantaran mesej, panggilan audio/video, menghantar e-mel, perkongsian fail dan boleh melihat sejarah perbualan.
  • Pengarkiban dalam talian: Perkhidmatan ini membolehkan fungsi pengarkiban e-mel pengguna dilaksana secara automatik.
  • Conferences: Perkhidmatan ini disediakan yang membolehkan pengguna berhubung secara one to one atau one to many mengikut keperluan dan maksimum 75 peserta dalam satu sesi untuk persidangan yang dibenarkan.
  • TeamChat: Perkhidmatan ini mempunyai fungsi kolaborasi untuk pasukan atau projek serta mempunyai fungsi lebih berbanding WebChat iaitu perkongsian fail, panggilan conference, penjadualan temujanji dan lain-lain.
  • WebChat/IceChat: Perkhidmatan ini adalah bagi aplikasi desktop manakala bagi peranti mudah alih dikenali sebagai iceChat. WebChat menyediakan pelbagai kaedah untuk berkomunikasi dengan contact yang ada seperti penghantaran mesej, panggilan audio/video, menghantar e-mel, perkongsian fail dan boleh melihat sejarah perbualan
  • Mail Relay: Perkhidmatan penghantaran notifikasi secara pukal.
  • Pembelajaran dalam talian: Perkhidmatan ini membolehkan pengguna di agensi mempelajari perkhidmatan MyGovUC 2.0 secara dalam talian.

Cara Login MyGovUC 2.0

Untuk login portal ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://www.mygovuc.gov.my/.
  2. Klik bahagian ‘Log Masuk MyGovUC 2.0’
  3. Login dengan memasukkan User ID (nama.agensi) dan password mengikut password yang ditetapkan (minimum 12 character, 1 huruf besar, 1 simbol (kecuali simbol &) dan 1 nombor).
  4. Selepas berjaya login, pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) di talian 03-83200660 atau email ke [email protected].

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *