pajsk

Login PAJSK: Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum KPM

Selain akademik, aktiviti sukan, jasmani, dan kokurikulum juga mempunyai pentaksiran bagi sekolah rendah dan menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan pentaksirannya dibuat melalui sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK).

PAJSK merupakan sistem yang membolehkan para guru melaksanakan pentaksiran kokurikulum yang standard bagi semua sekolah sama ada rendah mahupun menengah di bawah KPM.

Sebelum ini, pentaksiran kegiatan kokurikulum yang dibuat oleh sekolah didapati berbeza-beza antara satu sama lain dan wujudnya unsur-unsur ketidaksamarataan dalam pemberian markah kepada murid.

Objektif PAJSK

Objektif pelaksanaan PAJSK di peringkat sekolah rendah dan menengah adalah seperti berikut:

  • Bagi menyediakan satu kaedah pentaksiran aktiviti kokurikulum yang standard dan boleh diterima pakai oleh semua sekolah.
  • Untuk membantu Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam membuat penilaian kemasukan murid-murid ke institusi tersebut.
  • Untuk membantu Jabatan Pengurusan, Institusi Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi dalam membuat penilaian kemasukan pelajar-pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Universiti Awam (UA).
  • Bagi menggalakkan dan meningkatkan penglibatan yang menyeluruh dalam kalangan murid.

Komponen Pentaksiran

Terdapat 3 komponen utama di dalam pentaksiran PAJSK iaitu:

  • Ujian Segak
  • Kokurikulum
  • Ekstra Kurikulum

Ujian SEGAK

Ujian SEGAK adalah satu set Ujian Standard Kecergasan Fizikal untuk mengukur tahap
kecergasan fizikal murid berasaskan kesihatan.

Komponen kecergasan yang diukur dalam SEGAK terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah dan Menengah.

Pelaksanaan ujian ini hendaklah ditadbir urus oleh Guru Pendidikan Jasmani dan dilaksanakan dalam bulan Mac dan Ogos.

Kokurikulum

Bagi kokurikulum, setiap murid diwajibkan mengikuti tiga aktiviti kokurikulum seperti berikut:

  • Kelab/Persatuan
  • Pasukan Badan Beruniform
  • Sukan/Permainan /1 Murid 1 Sukan

Oleh itu, pentaksiran Kokurikulum di sekolah meliputi tiga aspek utama seperti berikut:

  • Penglibatan
  • Penyertaan
  • Prestasi

Semua aktiviti yang disertai murid sekolah rendah atau menengah akan direkodkan bagi menggalakkan murid untuk mendapatkan skor yang setimpal bagi penglibatan dalam aktiviti tersebut.

Hanya markah tertinggi sahaja daripada setiap sub-komponen kokurikulum diambil kira untuk tujuan pentaksiran dan pentaksiran tersebut adalah berdasarkan 6 elemen berikut:

Ekstra Kurikulum

Ekstra kurikulum ialah kegiatan sukarela yang bermanfaat pada atau di luar waktu persekolahan bagi membentuk peribadi murid yang terpuji.

Markah yang diperoleh daripada kegiatan sukarela ini akan dicampurkan dengan markah tertinggi purata 2 daripada 3 aktiviti kokurikulum samaada Kelab/Persatuan, Pasukan Badan
Beruniform atau Sukan/Permainan.

Hanya markah tertinggi sahaja yang diambil daripada salah satu 5 elemen seperti berikut:

  • Perkhidmatan: Jawatan yang disandang oleh murid-murid dalam satu-satu kelab atau persatuan bukan kokurikulum yang melibatkan perkhidmatan bagi tujuan membantu pengurusan dan pentadbiran sekolah.
  • Anugerah Khas: Pemberian pengiktirafan oleh Agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan, Kesatuan/Persatuan Sukan yang berkaitan aktiviti kokurikulum murid di dalam dan luar kawasan sekolah.
  • Khidmat Masyarakat: Khidmat masyarakat ialah kerja-kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan oleh murid secara berkumpulan dan mempunyai matlamat serta tujuan tertentu. Program tersebut diiktiraf dalam pentaksiran markah kokurikulum adalah bersifat berdiri sendiri dan bukan lanjutan daripada aktiviti kokurikulum yang sedia ada.
  • Nilam: Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) ialah program yang menggabungkan semua aktiviti galakan membaca yang diadakan di sekolah dengan memberi pengiktirafan dan pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpul secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
  • Tugas-tugas Khas: Tugas-tugas Khas ialah tugas-tugas yang diberikan kepada murid dalam menjayakan program-program atau hari-hari khas seperti sambutan hari Kebangsaan, sambutan hari Malaysia, hari Sukan Negara, Sukan SEA, dan Sukan ASIA.

Cara Login PAJSK

Untuk login sistem PAJSK, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://pajsk.moe.gov.my/index.php.
  2. Klik butang sekolah di bahagian sekolah rendah atau menengah.
  3. Login dengan memasukkan ID Kod sekolah dan kata laluan.
  4. Setelah berjaya, buat peaksiran berdasarkan 3 kriteria utama PAJSK untuk setiap murid.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai PAJSK, sila layari laman web https://pajsk.moe.gov.my/index.php atau menghantar aduan ke alamat email [email protected]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top