sepkm

Login SePKM: Semak Profil Kerjaya Murid Lepasan SPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membangunkan satu sistem bagi membolehkan semakan kerjaya murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilakukan iaitu Sistem e-Profil Kerjaya Murid (SePKM).

Menerusi SePKM, sistem ini mengumpulkan data murid lepasan SPM bagi memudahkan pihak yang ingin mendapatkan maklumat tersebut dapat mengakses menerusi satu sistem sahaja.

Ini membolehkan sebelum murid meninggalkan alam persekolahan, semua murid mempunyai Profil Halatuju Pendidikan dan Kerjaya yang jelas.

Kewujudan sistem ini sebagai langkah penting KPM bagi memajukan proses pendigitalan selaras dengan kemajuan teknologi yang dilaksanakan di dalam negara.

Mengenai SePKM

Sistem bertujuan untuk memantau perkembangan pelajar kerjaya murid lepasan SPM secara dalam talian.

Semua data kerjaya murid dikumpulkan di dalam sistem ini termasuk data mengenai keperibadian dan minat terhadap sesuatu kerjaya.

Sebelum ini, sistem bermula daripada sistem e-Perkhidmatan Kaunseling Murid sebelum KPM memperluaskan sistem ini kepada semua untuk memastikan ia dapat dimanfaatkan oleh orang ramai.

Objektif SePKM

KPM telah menggariskan beberapa objektif bagi pelaksanaan sistem ini iaitu:

  • Bagi memudahkan guru pembimbing atau kaunselor mengakses maklumat pelajar, seterusnya menjimatkan masa mereka membuat penilaian.
  • Merancang operasi berdasarkan data dalam sistem.
  • Untuk menyimpan rekod perundingan secara dalam talian, seterusnya memudahkan ianya diakses.
  • Rekod yang disimpan menerusi sistem ini dapat digunakan untuk tindakan susulan yang lebih sistematik dan berkesan.
  • Bagi memudahkan proses menganalisis data dengan cepat dan tepat.

Kategori Pengguna

Kategori pengguna yang boleh menggunakan sistem ini adalah seperti berikut:

  • KPM/JPN/PPD
  • Guru Kaunseling
  • Murid

Cara Login

Untuk login ke dalam sistem ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web sistem iaitu https://epkm.moe.gov.my/.
  2. Pilih kategori pengguna.
  3. Untuk pengguna murid atau pelajar, klik pada bahagian ‘Pelajar.’
  4. Masukkan no. kad pengenalan dan klik butang ‘Masuk.’

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top