SGMy: Download Sijil Guru Malaysia KPM

Guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini boleh mencetak Sijil Guru Malaysia melalui sistem Sistem Guru Malaysia (SGMy).

SGMy adalah sistem yang dibangunkan khusus bagi pengurusan, perancangan, dan rekod latihan dan kompetensi guru dan mereka juga boleh mendapatkan Sijil Guru Malaysia beserta nombor unik yang mengiktiraf mereka sebagai seorang guru berdaftar.

Objektif KPM membangunkan laman web ini adalah untuk:

  • Menjadikan individu yang berada dalam profesion keguruan diiktiraf sebagai golongan yang profesional.
  • Memastikan individu dalam profesion keguruan sentiasa berkualiti dan kekal berkualiti sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.
  • Guru yang berdaftar dengan KPM akan diberikan Sijil Guru Malaysia yang mempunyai nombor unik yang kekal sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai nombor pengenalan diri dalam profesion keguruan.

Cara Login SGMy

Untuk login laman web ini, para guru boleh mengikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web SGMy iaitu https://sgmy.moe.gov.my/.
  2. Klik pada bahagian ‘Modul Individu.’
  3. Log masuk bahagian ‘Guru KPM.’
  4. Masukan ID Pengguna dan kata laluan.
  5. Klik pada butang hantar untuk log masuk ke dalam system.

Kemaskini e-Profil

Bagi guru yang ingin mengemaskini maklumat diri, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Login mengikuti langkah-langkah yang disebutkan di atas.
  2. Klik pada bahagian ‘e-Profil’ dan klik perkataan ‘e-Profil.’
  3. Masukkan data dan maklumat dengan betul.
  4. Pastikan semua maklumat disi.
  5. Setelah selesai, klik butang ‘Hantar.’

Tatacara Membuat Pengesahan

Untuk membuat pengesahan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Pergi ke bahagian ‘Pengesahan & Penerimaan,’ dan klik perkataan ‘Pengesahan.’
  2. Semak maklumat guru yang dipaparkan.
  3. Pastikan semua maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan betul.
  4. Tandakan pada kotak pengesahan.
  5. Klik butang ‘Ya, Sahkan Maklumat Ini.’

Tatacara Cetak Sijil Guru Malaysia

Bagi mencetak atau memuat turun SijilGuruMalaysia, sila ikuti langkah-langkah ini:

  1. Pergi ke bahagian ‘Pengesahan & Penerimaan,’ dan klik perkataan ‘Slip Sijil Guru.’
  2. Sijil guru akan dipaparkan kepada pengguna.
  3. Semak sijil tersebut bagi memastikan butiran yang ditunjukkan betul.
  4. Klik butang ‘Cetak’ untuk mencetak sijil tersebut.

Pertanyaan Lanjut Tentang Sijil Guru Malaysia

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Sijil Guru Malaysia, sila hubungi Bahagian Profesionalisme Guru KPM di talian 03-8884 1302 atau menghantar email ke alamat [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: