Login SKPMG2: Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMG2) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan dan proses penyampaian pendidikan.

SKPMG2 ialah instrumen yang digunakan untuk meningkatkan kualiti pendidikan secara berterusan ke arah pencapaian tahap tinggi.

Instrumen ini akan digunakan oleh pihak sekolah sebagai panduan pengoperasian mengikut keperluan dan kepentingan bagi meningkatkan prestasi.

SPMG2 akan memberi penekanan melalui peranan guru besar/pengetua sebagai peneraju, pembimbing, dan pendorong dalam melaksanakan tugas kepimpinan di sekolah selain peranan guru juga ditekankan sebagai pemudahcara dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Portal SKPMG2 boleh diakses melalui Portal NKRA Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan https://nkra.moe.gov.my/.

Maksud NKRA

NKRA adalah singkatan dari National Keys Result Areas yang bermaksud Bidang Keberhasilan Utama Negara.

Dalam hal ini, NKRA tersebut memfokuskan mengenai NKRA dalam bidang pendidikan.

Sub NKRA Pendidikan

Dalam NKRA Pendidikan, kerajaan memberikan tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan iaitu:

i) Sub-NKRA Prasekolah

Sebanyak 7 teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti dan berkemampuan:

  • Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasokolah Kebangsaan dan Bahagian Prasekolah dan PERMATA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
  • Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).
  • Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan.
  • Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru.
  • Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar, luar Bandar dan pedalaman.
  • Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan Prasekolah.
  • Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan.

ii) Sub-Literasi dan Numerasi

NKRA ini memberikan penumpuan kepada peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.

Setiap kanak-kanak perlulah menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012.

iii) Sub-NKRA Sekolah Berprestasi Tinggi

Terdapat 3 matlamat utama yang ingin dicapai melalui sub-NKRA ini iaitu:

  • Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik: Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing (pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota perkhidmatan).
  • Menghasilkan pelajar yang cemerlang: Tempat untuk melatih pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa dan yang menjadi personaliti unggul dalam semua bidang.
  • Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem: Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah sekolah tersebut.

Instrumen SPMG2

Terdapat 5 instrumen SPMG2 yang perlu diambil perhatian oleh pihak sekolah iaitu:

  • Kepimpinan
  • Pengurusan organisasi
  • Pengurusan kurikulum, kokurikulum, dan Hal Ehwal Murid
  • Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)
  • Kemenjadian Murid

Format Instrumen

Format yang terkandung di dalam instrumen SPMG2 adalah seperti berikut:

  • Penyataan Standard
    – Satu penyataan standard dalam SKPMG2 yang menyatakan matlamat keseluruhan standard berkenaan. Penyataan standard mengandungi subjek, tindakan, kualiti, dan impak pelaksanaan.
  • Kriteria kritikal
    – Kriteria kritikal merupakan penerangan kepada aspek. Kriteria kritikal mengandungi subjek, tindakan, dan impak pelaksanaan.
  • Standard Kualiti
    – Merupakan peluasan kepada penerangan Kriteria Kritikal. Standard Kualiti merangkumi subjek, tindakan, dan kualiti.
  • Tindakan untuk Mencapai Standard (TuMS)
    – TuMS merupakan peluasan penerangan kepada standard kualiti. TuMS mengandungi tindakan dan kualiti.
  • Rubrik Penskoran
    – Rubrik Penskoran terdiri daripada Tahap Tindakan dan Tahap Kualiti yang diukur berdasarkan skala ‘0’ sehingga ‘4.’ Tahap Tindakan ialah peluasan penerangan terhadap Tindakan dalam TuMS manakala Tahap Kualiti ialah peluasan penerangan terhadap Kualiti dalam TuMS.
  • Jadual Pengiraan Skor
    – Jadual yang digunakan untuk mencatat skor yang diberi berdasarkan Tahap Tindakan dan Tahap Kualiti.
  • Evidens Pelaksanaan/Catatan
    – Ruang evidens pelaksanaan/catatan adalah untuk menyatakan bukti bagi setiap tindakan dan kualiti yang dilaksanakan. Ruang catatan digunakan untuk mencatat perkara yang dilaksanakan semasa proses PdPc.

Cara Login

Untuk login SKPM2, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://nkra.moe.gov.my/index.php.
  2. Masukkan User ID dan kata laluan.
  3. Klik butang ‘Login.’
  4. Setelah berjaya, klik setiap standard untuk membuat penilaian.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai SKPMG2, sila layari https://nkra.moe.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: