Selain daripada membuat pendafataran terus ke sekolah, para ibu bapa juga boleh mendaftar anak-anak mereka bagi Tahun 1 secara atas talian menerusi Sistem Pendaftaran dalam Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (SPATKPM).
Untuk makluman, SPATKPM merupakan sistem yang wujudkan oleh KPM untuk memudahkan permohonan ke Tahun 1, semakan kehadiran dan mengemaskini profil anak jagaan tanpa ibu bapa murid perlu mengisi borang manual.
Oleh itu, bagi ibi bapa yang ingin mengakses SPATKPM, mereka boleh berbuat demikian menerusi pautan https://public.moe.gov.my/.

Kelayakan Murid Tahun 1
Murid Tahun 1 yang berikut layak untuk mendaftar bagi sesi persekolahan bagi tahun:
- Kemasukan Tahun 2021: Kanak-kanak yang lahir pada 02.01.2014 hingga 01.01.2015
- Kemasukan Tahun 2022: Kanak-kanak yang lahir pada 02.01.2015 hingga 01.01.2016
Pengguna SPATKPM
Pengguna SPATKPM adalah terdiri daripada:
- Ibu/bapa
- Penjaga
- Guru kelas
Cara Login SPATKPM
Untuk login dan mendaftar anak-anak bagi Tahun 1 melalui SPATKPM, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://public.moe.gov.my/.
- Klik pada butang ‘Pengguna Baru’ di bahagian ‘Daftar Masuk.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
- Kemudian, pergi ke halaman utama, masukkan Id Pengguna (No. Mykad) dan Katalaluan seterusnya klik pada butang ‘Daftar Masuk.’
- Setelah berjaya daftar masuk, klik pada Tahun 1 (Pendaftaran/Penyemakan).
- Klik bahagian ‘Permohonan Baharu.’
- Masukkan no. Mykid sebagai id pengenalan murid untuk pengesahan.
- Kemudian, masukkan maklumat-maklumat murid merangkumi:
– Maklumat peribadi murid
– Maklumat kesihatan
– Maklumat penjaga
– Maklumat permohonan - Setelah maklumat diisi dengan lengkap dan klik butang ‘Simpan dan Seterusnya’.
Soalan Lazim
maklumat anak, kesihatan dan penjaga?
Pengguna perlu berdaftar di portal public.moe.gov.my sebagai pengguna baharu jika
masih belum berdaftar. Jika pengguna tersebut telah berdaftar, terus masukkan ID (nombor kad pengenalan penjaga) dan kata laluan yang telah ada dalam simpanan).
Pengguna boleh mendapatkan kata laluan menerusi permohonan semula kata laluan
menerusi e-mel yang tuan/puan telah daftarkan ketika daftar pengguna baharu ataupun
melalui soalan keselamatan.
masuk?
Apabila nama anak pengguna tiada dalam senarai, ia berpunca daripada masalah data
peribadi tuan/puan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) tidak tepat ataupun
terdapat kesalahan. Oleh itu, pengguna dinasihatkan untuk menghubungi guru kelas bagi menyemak dan melakukan pembetulan jika terdapat kesalahan atau kesilapan.
boleh menjadi Penjaga Utama dan mengemaskini data murid/anak/cucu jagaan saya?
Pengguna boleh menjadi penjaga utama dan mengemaskini data dengan syarat
pengguna tersebut telah memaklumkan maklumat tersebut bagi guru kelas memasukkan maklumat ke dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) di tab maklumat penjaga.
meletakkan maklumat seorang lagi penjaga sebagai “Tidak Diketahui” dan “Tidak Berkenaan?”
Pengguna boleh melakukannya dengan syarat tuan/puan memaklumkan perkara ini
kepada guru kelas anak jagaan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai SPATKPM, sila layari laman web https://public.moe.gov.my/.