SPLKPM: Login Sistem Pengurusan Latihan Guru

Bagi mengatasi masalah pertindihan data berkenaan latihan guru dan melancarkan proses pengumpulan maklumat, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mewujudkan satu sistem iaitu Sistem Pengurusan Latihan (SPL KPM).

SPL KPM diwujudkan bagi menguruskan rekod latihan guru secara atas talian dan terus dihubungkan kepada Bahagian Pendidikan Guru (BPG) Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), dan juga Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

Menerusi sistem ini, ia akan memudahkan proses pengumpulan data dan maklumat berkenaan latihan guru yang dibuat secara atas talian dan bukan lagi secara manual.

Kelebihan SPL KPM

Dengan adanya sistem ini, ini akan dapat memberikan beberapa kelebihan seperti berikut:

  • Dapat melaksanakan pemantauan guru dengan lebih berkesan.
  • Maklumat dapat diterima dalam tempoh yang singkat.
  • Sistem ini dapat digunakan di mana sahaja.
  • Masa dan kos pemantauan dapat dijimatkan.
  • Bilangan latihan yang dihadiri oleh guru-guru dapat diperolehi dengan cepat dan tepat.

Modul SPL KPM

Sistem ini dibahagikan kepada dua modul utama iaitu Modul SULDP dan Modul Individu:

i) Modul SULDP 

Modul SULDP digunakan oleh penyelaras LDP di peringkat Bahagian, Jabatan, PPD dan sekolah bagi tujuan mengurus kursus-kursus yang dilaksanakan secara berkumpulan (Schoolbase).

Selain itu modul ini juga bertujuan untuk mengesahkan maklumat eProfile PPP serta melaporkan kursus-kursus luar dan Book Review yang dimasukkan pengguna menerusi Modul Individu.

ii) Modul Individu

Modul Individu dibangunkan untuk merekod aktiviti LDP/Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) yang dilaksanakan di luar KPM disamping merekod aktiviti Pembelajaran Kendiri.

LDP/PPB yang didaftarkan menerusi modul ini perlu disemak dan disahkan diperingkat SULDP bagi membolehkan ianya dikira sebagai bilangan hadir berkursus bagi tahun semasa tersebut.

Cara Login SPL

Untuk mengakses atau login SPL KPM ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web iaitu https://splkpm.moe.gov.my/.
  2. Klik bahagian ‘Login Aplikasi.’
  3. Masukkan no kad pengenalan pada ruang yang disediakan.
  4. Masukkan pula masukkan kata laluan yang betul.
  5. Klik pada butang ‘Hantar’ 
  6. Pengguna akan dibawa ke paparan dalaman SPL KPM.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai SPL KPM, sila layari laman web https://splkpm.moe.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: