SPS: Login Sistem Pengurusan Sekolah KPM

Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) merupakan sistem pangkalan data tunggal yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi sekolah, guru dan murid di seluruh negara.

SPS diwujudkan bertujuan mengelakkan guru-guru daripada melakukan kemasukan data yang berulang dalam pelbagai sistem yang dibangunkan oleh pelbagai pihak di KPM.

Ini kerana, SPS merupakan sistem kemasukan data hanya pada satu aplikasi sahaja dan data tersebut boleh dicapai oleh aplikasi lain jika berkaitan kerana pangkalan data SPS ini digunasama oleh semua sistem di dalam KPM.

Menerusi SPS, pihak KPM akan membuat proses menganalisis, membuat perancangan, perbandingan dan mengenal pasti trend dalam pelaksanaan Dasar Pendidikan Negara menerusi Dashboard KPM di dalam sistem ini.

Dashboard ini juga digunakan sebagai Executive Information System yang dapat membantu pihak pengurusan tertinggi KPM dalam memantau prestasi program pendidikan, mengenal pasti peluang dan masalah serta membuat keputusan.

Untuk pengetahuan, sistem ini tekah mula digunakan bermula pada 1 Januari 2015 menerusi pautan https://sps1.moe.gov.my/index.php.

Modul Pengurusan

Sistem SPS tertumpu kepada 3 modul pengurusan utama iaitu:

  • Modul Pengurusan Sekolah.
  • Modul Pengurusan Guru.
  • Modul Pengurusan Murid.

i) Modul Pengurusan Sekolah

Modul Pengurusan Sekolah (PS) merupakan satu pangkalan data profil institusi pendidikan di bawah Sektor Pelajaran KPM yang menyeluruh.

Menerusi pangkalan data ini, pengguna dapat mengetahui maklumat asas semua institusi pendidikan di seluruh negara yang telah berdaftar dan diberi kod institusi pendidikan oleh
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP).

ii) Modul Pengurusan Guru

Modul Pengurusan Guru (PG) adalah satu pangkalan data guru yang menyeluruh dan bersepadu yang digunakan di pelbagai peringkat pengurusan bagi menghasilkan laporan dan statistik guru.

Modul PG ini merupakan data operasi real-time bagi kegunaan perancangan, penempatan, pelantikan, pengesahan jawatan, kenaikan pangkat, pertukaran dan persaraan guru termasuk data unjuran bagi kegunaan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Perjawatan.

iii) Modul Pengurusan Murid

Modul Pengurusan Murid (PM) merupakan satu pangkalan data murid yang menyeluruh dan bersepadu dan digunakan dipelbagai peringkat pengurusan dalam perancangan dan pengoperasian serta menghasilkan laporan dan statistik murid.

Menerusi Modul PM, semua data dan maklumat murid dimasukkan bermula seawal murid memasuki Prasekolah hingga Tingkatan 6 atau Kolej Matrikulasi termasuk Murid Berkeperluan Khas.

Data asas kelahiran murid diperoleh dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan disemak semula melalui Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK).

Cara Login SPS

Untuk login SPS, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://sps1.moe.gov.my/index.php.
  2. Klik butang ‘Log Masuk.’
  3. Pilih modul pengurusan yang diperlukan.
  4. Masukkan ID Pengguna dan kata laluan dan klik butang ‘Hantar.’

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi mengikut modul pengurusan berikut:

  • Modul Pengurusan Sekolah: 03-8872 1457/03-8884 6545/03-8884 6066/03-8884 6225.
  • Modul Pengurusan Guru: 03-88849561
  • Modul Pengurusan Murid: 03-88849501
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: