Senarai Lokasi Menu Rahmah Seluruh Malaysia

Orang ramai yang ingin menikmati hidangan makanan serendah RM5 boleh mendapatkannya menerusi restoran yang menawarkan Menu Rahmah.
Untuk makluman, inisiatif Menu Rahmah telah dilancarkan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada 31 Januari 2023 yang bertujuan untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.
Inisiatif ini diperkenalkan oleh KPDN yang digerakkan oleh peniaga (Private Driven Initiative) dan dilakukan secara sukarela.
Pada awal pelancaran, sebanyak 15,000 premis menjual makanan menyertai inisiatif ini.
INISIATIF MENU RAHMAH MALAYSIA MADANI
Dalam menangani kos sara hidup ini, KPDN telah menggariskan 2 strategi utama sebagai hala tuju tahun 2023 iaitu :
- Membantu
- Mendaya Upaya
Inisiatif MENU RAHMAH merupakan inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN) yang digerakkan oleh peniaga (Private Driven Initiative) dan dilakukan secara sukarela.
Menu ini merupakan menu hidangan seimbang, di mana terdapat nasi, satu pilihan protein (sama ada ayam / ikan) dan sayur yang boleh didapati pada harga RM5 setiap set.
Pelekat / simbol MenuRahmah akan diletakkan di premis terlibat.
Harga Hidangan
Menu yang diperkenalkan ini menawarkan makanan dengan harga berpatutan iaitu pada harga RM5 dan ke bawah.
Lokasi Menu Rahmah
Untuk mendapatkan menu ini, orang ramai boleh menyemak lokasi yang menawarkan menu ini mengikut negeri:
- Johor
- Negeri Sembilan
- Kedah
- Pahang
- Kelantan
- Melaka
- Pulau Pinang
- Perak
- Perlis
- Selangor
- Terengganu
- Sabah
- Sarawak
- W.P Kuala Lumpur
- W.P Putrajaya
- W.P Labuan
Orang ramai juga boleh melayari laman web https://menurahmah.kpdn.gov.my/ untuk mengetahui lokasi yang menawarkan menu ini.
Pendaftaran Perniagaan
Para peniaga yang menawarkan menu ini boleh mendaftar perniagaan mereka untuk dimasudkkan di dalam laman web rasmi MenuRahmah KPDN:
- Layari laman web di pautan https://menurahmah.kpdn.gov.my/
- Klik bahagian ‘Daftar.’
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
- Klik butang ‘Hantar.’
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai inisiatif ini, sila hubungi talian 03-8882 5903 atau email ke alamat [email protected].
Baca juga: Menu Rahmah McD: 3 Pilihan Hidangan Set McDonald’s RM5