Semakan Penerima MAIWP Kasih Asnaf Back To School 2022
Untuk para penerima Bantuan Am Persekolahan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), anda boleh membuat semakan bagi mengetahui status penerima MAIWP Kasih Asnaf Back To School.
Untuk makluman, MAIWP Kasih Asnaf Back To School adalah bantuan persekolahan yang diperkenalkan MAIWP kepada mereka yang layak untuk mereka membeli barangan keperluan persekolahan kepada anak-anak mereka.
Menariknya untuk tahun 2022, proses pengagihan bantuan pakaian dan peralatan persekolahan bagi bantuan ini dibuat menerusi aplikasi Boost dengan menggunakan Dompet MAIWP.
Pelaksanaan pengagihan bantuan melalui aplikasi Boost ini adalah untuk memudahkan urusan proses pengagihan yang boleh dilakukan menerusi telefon bimbit.
Mengenai Aplikasi Boost
Untuk makluman, Boost adalah aplikasi dompet mudah alih yang bertujuan untuk merevolusikan cara anda berurusan di dunia semakin digital dan mudah alih hari ini.
Pengguna yang menggunakan aplikasi Boost boleh membayar menggunakan telefon bimbit tanpa menggunakan pembayaran secara tunai fizikal.
Setelah mendaftar akaun Boost dan menjalankan eKYC, penerima akan menerima ‘My Partner Wallet’ melalui Dompet MAIWP mengikut jumlah yang diluluskan oleh MAIWP kepada setiap penerima.
Dompet MAIWP perlu digunakan dalam tempoh daripada 28 Februari 2022 hingga 30 April 2022.
Kaedah Pembelian
Terdapat 2 cara kaedah pembelian boleh dilakukan iaitu:
- Pembelian di kedai dan penyerahan di kaunter
- Penghantaran ke lokasi pengambilan.
Kadar Bantuan
Kadar bantuan yang ditetapkan bagi pelajar yang layak adalah seperti berikut:
i) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
Kadar Bantuan | Perkara |
RM250.00 | Sek. Rendah/Lelaki/Tidak Bersekolah Agama |
RM400.00 | Sek. Rendah/Lelaki /Bersekolah Agama |
RM300.00 | Sek. Rendah/Perempuan/Tidak Bersekolah Agama |
RM450.00 | Sek. Rendah/Perempuan/Bersekolah Agama |
RM300.00 | Sek. Menengah/Lelaki |
RM350.00 | Sek. Menengah/Perempuan |
ii) Darul Kifayah Kuala Lumpur dan Labuan
Kadar Bantuan | Perkara |
RM400.00 | Sek. Rendah/Lelaki/Bersekolah Agama |
RM450.00 | Sek. Rendah/Perempuan/Bersekolah Agama |
RM300.00 | Sek. Menengah/Lelaki |
RM350.00 | Sek. Menengah/Perempuan |
iii) SMAMAIWP & SMISTA
Kadar Bantuan | Perkara |
RM300.00 | Sek. Menengah/Lelaki/(SMAMAIWP KL) |
RM350.00 | Sek. Menengah/Perempuan/(SMAMAIWP KL) |
RM300.00 | Sek. Menengah/Lelaki/(SMISTA) |
RM350.00 | Sek. Menengah/Perempuan/(SMISTA) |
Tatacara Membuat Semakan
Untuk membuat semakan penerima, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/web/kasih-asnaf-bts-2022/.
- Klik semakan bahagian ‘Status Bantuan.’
- Masukkan nama murid dan klik butang ‘Semak.’
- Status penerima dipaparkan.
- Jika nombor telefon masih belum mendaftar, klik butang ‘Borang Pertukaran Maklumat.’
- Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
Tatacara Penebusan Melalui Aplikasi Boost
Untuk penebusan menerusi aplikasi Boost, ikuti langkah-langkah berikut:
- Muat turun aplikasi Boost di Google Play Store dan Apple App Store.
- Buka aplikasi Boost tersebut.
- Daftar dan lengkapkan pendaftaran.
- Klik bahagian ‘What’s New.’
- Pilih penerima daripada senarai penerima untuk memulakan proses pembelian barangan.
- Pilih jenama dan barangan yang diperlukan dan klik ‘Kategori Seterusnya.’
- Buat pembelian barangan tambahan sekiranya selepas semua ‘barangan wajib’ dibeli.
- Apabila selesai, klik ‘Buat Pesanan.’
- Pilih cara pembelian yang diinginkan.
- Klik ‘Bayar Sekarang.’
- Sahkan pembelian menerusi 6-digit pin atau cap jari biometrik.
- Klik butang ‘Selesai.’
Tonton video di pautan ini untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas https://www.youtube.com/watch?v=Job-SBrB3lY.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai MAIWP Kasih Asnaf Back To School, sila whatsapp atau telefon ke talian 011-3422 4488.