Permohonan Program Matrikulasi KPM Fasa 2 2023/2024

Lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2022 adalah dialu-alukan memohon kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi Fasa 2 2023/2024.

Untuk makluman, Program Matrikulasi KPM diwujudkan pada tahun 1998 sebagai satu program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.

Pelaksanaan program ini dilaksanakan di bawah KPM bagi menyeragamkan semua program asasi yang selama ini dikendalikan oleh Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Objektif pelaksanaan program ini dilaksanakan adalah untuk memastikan pembangunan potensi pelajar bumiputera melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di IPT di dalam dan di luar negara dalam bidang sains, teknologi dan profesional.

Permohonan bagi kemasukan ke Matrikulasi KPM bagi Fasa 2 dibuka mulai 8 Jun 2023 sehingga 12 Jun 2023.

Senarai Matrikulasi

Calon yang berjaya mengikuti Program Matrikulasi KPM akan ditempatkan di Kolej Matrikulasi berikut mengikut jurusan yang ditawarkan:

Kolej MatrikulasiAliran/Jurusan
Kolej_Matrikulasi Negeri SembilanPerakaunan, Sains
Kolej_Matrikulasi Perlis Perakaunan, Sains
Kolej_Matrikulasi Perak Perakaunan, Sains
Kolej_Matrikulasi MelakaPerakaunan, Sains
Kolej_Matrikulasi Pulau PinangPerakaunan, Sains
Kolej_Matrikulasi LabuanPerakaunan, Sains
Kolej_Matrikulasi JohorPerakaunan, Sains
Kolej_Matrikulasi PahangPerakaunan, Sains
Kolej_Matrikulasi KedahPerakaunan, Sains
Kolej_Matrikulasi Kejuruteraan KedahKejuruteraan
Kolej_Matrikulasi Kejuruteraan PahangKejuruteraan
Kolej_Matrikulasi Kejuruteraan JohorKejuruteraan
Kolej_Matrikulasi KelantanPerakaunan, Sains
Kolej_Matrikulasi SarawakPerakaunan, Sains
Kolej MARA KulimPerakaunan, Sains
Kolej MARA Kuala NerangPerakaunan, Sains
Kolej_Matrikulasi SelangorPerakauanan Professional, Perakaunan, Sains

Jurusan Ditawarkan

Terdapat 4 jurusan yang ditawarkan bagi program matrikulasi ini iaitu:

  • Jurusan Sains:
    – Sains Hayat
    – Sains Fizikal
    – Sains Komputer
  • Jurusan Kejuruteraan:
    – Kejuruteraan Asas
    – Kejuruteraan Awam
    – Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
    – Kejuruteraan Mekanikal
  • Jurusan Perakaunan
  • Jurusan Perakaunan Profesional

Syarat Umum

Syarat umum bagi calon-calon yang ingin memohon program matrikulasi ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mesti berumur tidak melebihi 20 tahun pada tahun semasa memohon.
  3. Pemohon mestilah merupakan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun semasa.

Syarat Khusus

Calon-calon juga perlu memenuhi syarat khusus mengikut jurusan yang dipohon iaitu:

i) Jurusan Sains

  • Bahasa Melayu- C
  • Bahasa Inggeris- C
  • Sejarah- Lulus
  • Matematik- B
  • Matematik Tambahan- C
  • Kimia- C
  • Fizik atau Biologi- C

ii) Jurusan Perakaunan

  • Bahasa Melayu- C
  • Bahasa Inggeris- C
  • Sejarah- Lulus
  • Matematik- C
  • Mendapat minimum C dalam mana-mana 3 mata pelajaran berikut: Fizik/Kimia/Biologi/ Matematik Tambahan/Sains/Sains Tambahan/Lukisan Kejuruteraan/Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/Sains Komputer/Sains Sukan/Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perdagangan/ Perniagaan/Pendidikan Syariah Islamiah/Tasawwur Islam/Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.

iii) Jurusan Kejuruteraan

  • Bahasa Melayu- C
  • Bahasa Inggeris- C
  • Sejarah- Lulus
  • Matematik- B
  • Matematik Tambahan- C
  • Kimia- Lulus
  • Fizik- C
  • Mendapat minimum C dalam mana-mana 1 mata pelajaran berikut: Biologi/Sains Tambahan/ Lukisan Kejuruteraan/Pengajian Kejuruteraan Awam/Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/Asas Kelestarian/Pertanian/Sains Rumah Tangga/Reka Cipta/Sains Komputer/Sains Sukan/Lukisan Kejuruteraan/Grafik Komunikasi Teknikal/Prinsip Perakaunan/Ekonomi/Perdagangan/Perniagaan.

iv) Perakaunan Professional

  • Bahasa Melayu- C
  • Bahasa Inggeris- A-
  • Sejarah- Lulus
  • Matematik- A
  • Matematik Tambahan- C
  • Mendapat minimum A dalam mana-mana 3 mata pelajaran berikut: Fizik/Kimia/Biologi/ Sains/Sains Tambahan/Lukisan Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/Sains Rumah Tangga/Reka Cipta/Sains Komputer/Sains Sukan/Grafik Komunikasi Teknikal/Prinsip Perakaunan/Ekonomi/Perdagangan/Perniagaan/Pendidikan Syariah Islamiah/Tasawwur Islam/ Pengajian Kejuruteraan Awam/Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

Cara Membuat Permohonan Matrikulasi KPM

Untuk membuat permohonan kemasukan ke program matrikulasi ini, calon-calon diminta untuk mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web permohonan iaitu https://matrikulasi.moe.gov.my/.
  2. Klik bahagian ‘Permohonan.’
  3. Klik bahagian ‘Daftar Kali Pertama.’
  4. Isi no kad pengenalan serta angka giliran SPM dan seterusnya klik butang ‘Cari.’
  5. Lengkapkan maklumat diri dan klik butang ‘Daftar.’
  6. Login dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  7. Isi maklumat dengan betul dan klik butang ‘Halaman Seterusnya.’
  8. Untuk menghantar permohonan, klik butang ‘Hantar Permohonan.’
  9. Cetak borang permohonan untuk simpanan.

Info Lanjut Permohonan / Semakan Matrikulasi KPM

Untuk info lanjut mengenai Program Matrikulasi KPM Fasa 2 2023/2024, sila layari https://matrikulasi.moe.gov.my/ atau https://www.moe.gov.my/

Baca juga: SAPS Ibu Bapa: Semakan Analisis Peperiksaan Sekolah

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: