Maxis eKELAS: Pembelajaran Atas Talian Tahun 4 Hingga Tingkatan 5

Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 di seluruh negara berpeluang untuk menjalani pembelajaran atas talian secara percuma menerusi Maxis eKELAS.

Maxis eKELAS merupakan sebuah program komuniti perdana Maxis yang membawakan pembelajaran digital untuk semua pelajar Malaysia.

Inisiatif ini menawarkan cara belajar yang menyeronokkan melalui penyediaan akses percuma kepada kandungan pendidikan berkualiti dan aktiviti menarik, selaras dengan sukatan pelajaran Malaysia yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Inisiatif ini turut mendapat kerjasama pihak-hak yang lain seperti KPM, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), dan Google.

Oleh itu, ibu bapa dan murid-murid adalah digalakkan untuk menggunakan pembelajaran dalam talian ini untuk meningkatkan pengetahuan pembelajaran anak mereka.

Mengenai Maxis eKELAS

Pembelajaran atas talian ini mewarkan perkara-perkara berikut iaitu:

  • Lebih 3,000 jam tutorial dalam talian.
  • 12 guru berpengalaman
  • Lebih 2000 bahan pembelajaran eKelas dari nota, video, dan lembaran kerja.
  • Lebih 30 video seminar UPSR, PT3, dan SPM.
  • Lebih 10,000 eBook dan 500 buku audio dari PNM.

Subjek Yang Ditawarkan

Subjek yang ditawarkan dalam pembelajaran atas talian ini untuk Tahun 4 sehingga Tingkatan 5 adalah:

  • Matematik
  • Sains
  • Bahasa Inggeris

Aktiviti Lain

Selain daripada pembelajaran atas talian, murid juga berpeluang menyertai program berikut:

  • Bengkel drama dan esei Bahasa Inggeris
  • Kem percutian eKelas
  • Bengkel keselamatan Internet dan sesi motivasi
  • Klinik peperiksaan

Tatacara Penyertaan

Untuk menyertai pembelajaran atas talian ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web iaitu https://www.ekelas.com.my/.
  2. Klik butang ‘Daftar Sekarang.’
  3. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan klik ‘Daftar Akaun.’
  4. Log masuk dengan memasukkan emel dan kata laluan.
  5. Ikuti arahan dan mulakan pembelajaran.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Maxis eKELAS, sila layari laman web https://www.ekelas.com.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: