Pendaftaran Peperiksaan MedEx Sesi 1 2023 Secara Online

Inidividu yang ingin mendaftar bagi Peperiksaan Pra-kemasukan Ijazah Lanjutan Perubatan (MedEx), pendaftaran boleh dilakukan bagi sesi peperiksaan Sesi 1 2023.

MedEx merupakan peperiksaan yang diwujudkan oleh Majlis Dekan Perubatan Malaysia dan dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di bawah Akta 225.

Peperiksaan ini berfungsi sebagai salah satu kriteria saringan untuk memilih calon yang akan menyertai latihan pakar klinikal Universiti Awam (UA) di Malaysia.

Mereka yang ingin menduduki peperiksaan ini secara online boleh membuat pendaftaran sebelum 31 Mac 2023.

Bagi yang telah mendaftar, tarikh peperiksaan ini adakan dijalankan adalah pada 18 Mei 2023.

Yuran Pendaftaran

Yuran pendaftaran yang dikenakan bagi individu yang ingin menduduki peperiksaan ini adalah RM800.

Tempoh Sah Laku Sijil

Individu yang berjaya dalam peperiksaan ini akan mendapat sijil yang mana tempoh sah laku sijil adalah 3 hingga 5 tahun.

Bidang Yang Ditawarkan

Bidang yang ditawarkan bagi peperiksaan sesi Sesi 1 2023 ini adalah seperti berikut:

  • Paediatrics (400/14)
  • Obstetrics and Gynaecology (400/15)
  • Ophthalmology (400/19)

Keputusan Peperiksaan

Keputusan peperiksaan ini tidak menggunakan keputusan Lulus atau Gagal tetapi diberikan mengikut Band iaitu Band 1 hingga 6, sama seperti peperiksaan MUET.

Cara Mendaftar

Untuk mendaftar peperiksaan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web iaitu http://apps.mpm.edu.my/medex/public/register.
  2. Pada bahagian ‘Online Test’ klik butang ‘Select.’
  3. Isi butiran yang diperlukan.
  4. Muat naik gambar mengikut arahan yang ditetapkan.
  5. Klik butang ‘Proceed for Payment.’
  6. Buat pembayaran.

Tarikh Keputusan Peperiksaan

Tarikh keputusan peperiksaan ini akan diumumkan adalah pada 14 Jun 2023.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai peperiksaan MedEx, sila hubungi MPM di talian 03-61261634/1745 atau menghantar email ke alamat [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *