Menu Rahmah McD: 3 Pilihan Hidangan Set McDonald’s RM5

Orang ramai kini boleh mendapatkan Menu Rahmah di restoran McDonalds (McD) di seluruh negara menerusi Menu Rahmah McD serendah RM5 sahaja!

Pengenalan Menu Rahmah McD ini sebagai usaha untuk menyediakan peluang kepada seluruh rakyat Malaysia bagi menikmati hidangan McDonald’s dengan harga yang berpatutan, iaitu serendah RM5 sahaja.

Pelancaran Menu Rahmah bagi restoran McD ini telah disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), YB Datuk Seri Salahuddin bin Ayub pada 8 Mac yang lalu.

Inisiatif Menu Rahmah

Inisiatif Menu Rahmah telah dilancarkan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada 31 Januari 2023 bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

Lebih menarik, Menu Rahmah menawarkan makanan dengan harga berpatutan iaitu pada harga RM5 dan ke bawah.

Pada awal pelancaran inisiatif ini, YB Datuk Seri Salahuddin bin Ayub menyatakan sebanyak 15,000 premis menjual makanan menyertai inisiatif tersebut.

Pelaksanaan inisiatif ini tidak melibatkan sebarang peruntukan ataupun perbelanjaan daripada kerajaan.

Pilihan Menu

Terdapat 3 pilihan Menu Rahmah yang ditawarkan serendah RM5 di restoran McDonald’s iaitu:

  • Burger Ayam dan Teh Ais Limau (cawan kecil)
  • Bubur Ayam McD (saiz kecil) dan Teh Ais Limau (cawan kecil)
  • McEgg dan Teh Ais Limau (cawan kecil)

Lokasi McD

Menu Rahmah tersebut boleh didapati sepanjang hari di semua restoran McDonald’s di seluruh negara.

Orang ramai yang ingin mengetahui restoran McDonald’s yang berhampiran boleh melayari laman web https://www.mcdonalds.com.my/locate-us.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai Menu Rahmah di restoran McDonald’s, sila layari laman web https://www.mcdonalds.com.my/company/news/mcdonalds-malaysia-perkenalkan-menu-rahmah.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: