Permohonan MIDF Education Scholarship Programme 2022

Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) telah menawarkan biasiswa kepada mahasiswa yang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda melalui MIDF Education Scholarship Programme 2022.

MIDF merupakan anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad yang berperanan sebagai institusi pembiayaan pembangunan utama negara dan telah memainkan peranan penting dalam mempercepat pembangunan dan pemodenan industri pembuatan negara.

Institusi ini menawarkan pelbagai perkhidmatan kewangan yang kompetitif dan pelbagai termasuklah perbankan pelaburan, pembangunan kewangan dan pengurusan aset.

Selain itu juga, institusi ini turut memberikan biasiswa kepada pelajar yang memerlukan di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Mahasiswa yang berminat boleh mengemukakan permohonan sebelum tarikh tutup permohonan iaitu 2 November 2022.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan bagi mahasiswa yang ingin memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Terbuka kepada semua pelajar warganegara Malaysia dalam apa juga bidang pengajian.
  2. Memperoleh minimum CGPA 3.25 atau setara di peringkat pra-universiti (Asasi atau Matrikulasi) atau Diploma; atau
  3. Memperoleh minimum CGPA 3.25 atau setara dalam peperiksaan semester bagi mereka yang berada pada tahun 1 pengajian Ijazah Sarjana Muda; dan
  4. Memperoleh keputusan 7A dalam SPM atau 2A dalam STPM.
  5. Tidak melebihi umur 25 tahun semasa tarikh permohonan.
  6. Aktif dalam aktiviti kokurikulum dengan mempunyai bakal kepimpinan dan kemahiran komunikasi yang baik.
  7. Permohon tidak menerima mana-mana tajaan biasiswa daripada organisasi yang lain.
  8. Pemohon mestilah melanjutkan pengajian secara sepenuh masa sahaja.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi cara-cara berlikut iaitu:

  1. Layari pautan permohonan berikut iaitu https://forms.gle/pjPBBEibQT5hSQEj6.
  2. Isi semua maklumat permohonan yang diperlukan.
  3. Pastikan semua maklumat permohonan yang diisi adalah betul.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai MIDF Education Scholarship Programme 2022, sila hantar email ke alamat [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: