Permohonan MRC Scholarship Awards 2023

Majlis Getah Malaysia atau Malaysian Rubber Council (MRC) mengalu-alukan pelajar Ijazah Sarjana Muda untuk memohon biasiswa iaitu MRC Scholarship Awards.

Untuk makluman, MRC merupakan agensi di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) yang bertanggungjawab untuk mempromosikan getah dan produk getah berkualiti Malaysia di pasaran dunia.

MRC Scholarship Awards dianugerahkan kepada pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), serta pengajian sarjana muda di universiti-universiti terkemuka di Malaysia.

Bagi mereka yang berminat, permohonan biasiswa ini dibuka sehingga 14 Oktober 2023.

Manfaat Biasiswa

Pelajar yang menerima biasiswa ini akan menerima manfaat seperti berikut:

  • Yuran Pendidikan
  • Elaun Sara Hidup
  • Peluang-peluang Latihan Industri
  • Peluang-peluang Pekerjaan dengan industri setelah tamat pengajian

Bidang Layak Memohon

Bidang yang layak untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:

  • Kejuruteraan – Kimia/Mekanikal/Elektrikal & Elektronik/Perindustrian/Bahan/Tenaga/Mekatronik/Robotik
  • Sains Polimer dan Teknologi
  • Sains Persekitaran dan Pengurusan
  • Logistik dan Rantaian Bekalan
  • Perakaunan/Analisis Statistikal
  • IT/Sains Komputer/Kejuruteraan Sistem Komputer
  • Sains Data dan Analitik

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia dan pelajar sepenuh masa di IPTA/IPTS tempatan.
  2. Keputusan akademik yang cemerlang dalam SPM dan STPM atau setara, dan juga program ijazah sarjana muda (jika ada).
  3. Sudah mendapat tempat atau sedang mengikuti program ijazah sarjana muda (Tahun 1 atau 2) di IPTA/IPTS.
  4. Tidak mendapat sebarang biasiswa, bantuan kewangan atau anugerah lain.
  5. Pelajar yang mempunyai ibu bapa/penjaga daripada industri getah adalah dialu-alukan memohon.

Tatacara Permohonan

Tatacara permohonan untuk biasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web https://www.myrubbercouncil.com/scholarships2023/mrcscholaronlineform.php/
  2. Klik “Create Account.”
  3. Masukkan no kad pengenalan dan klik “Enter.”
  4. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik “Enter.”
  5. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  6. Lengkapkan permohonan biasiswa tersebut.
  7. Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai MRC Scholarship Awards, sila berhubung dengan Cik Nur Lina atau En. Adrian di talian 03-2782 2100 atau menghantar emel ke [email protected].

Layari laman web https://www.myrubbercouncil.com/scholarships/ untuk info lanjut.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: