MRSM 2025: Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 & 4
Murid yang berminat untuk memasuki Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) 2025 untuk Tingkatan 1 dan 4 adalah dialukan membuat permohonan bermula 6 Ogos 2024.
Berikut adalah maklumat dan info menegnai permohonan kemasukan ini.
Mengenai MRSM
MRSM merupakan institusi pendidikan di bawah MARA yang ditubuhkan pada Februari 1972 yang memberikan kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada murid-murid Bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.
Murid yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum adalah dialu-alukan untuk mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.
Bagi mereka yang berminat bagi kemasukan MRSM 2025, mereka perlu membuat permohonan secara atas talian mulai 6 Ogos hingga 6 Sepetember 2024.
Program Pendidikan MRSM
Program pendidikan MRSM terbahagi kepada 6 program iaitu:
- MRSM Program Premier
- MRSM Program International General Certificate of Secondary Education (IGCSE)
- MRSM Program Ulul Albab
- MRSM Program Teknikal
- MRSM Program IB-MYP
- MRSM Program Bitara
i) MRSM Program Premier
Program ini menawarkan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah.
Murid-murid yang mengikuti program ini akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).
Terdapat 31 lokasi MRSM yang melaksanakan program MRSM Premier ini iaitu:
- MRSM Batu Pahat, Johor
- MRSM Mersing, Johor
- MRSM Muar, Johor
- MRSM Baling, Kedah
- MRSM Merbok, Kedah
- MRSM Pendang, Kedah
- MRSM PDRM, Kulim Kedah
- MRSM Arau, Perlis
- MRSM Beseri, Perlis
- MRSM Felda, Sungkai Perak
- MRSM Gerik, Perak
- MRSM Lenggong, Perak
- MRSM Pasir Salak, Perak
- MRSM Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar Perak
- MRSM Pengkalan Hulu, Perak
- MRSM Jeli, Kelantan
- MRSM Kuala Krai, Kelantan
- MRSM Pasir Tumboh, Kelantan
- MRSM Kuala Berang, Terengganu
- MRSM Kuala Terengganu, Terengganu
- MRSM Besut, Terengganu
- MRSM Muadzam Shah, Pahang
- MRSM Tun Ghazali Shafie, Kuala Lipis Pahang
- MRSM Transkrian, Nibong Tebal Pulau Pinang
- MRSM Tun Mustapha, Tawau Sabah
- MRSM Kota Kinabalu, Sabah
- MRSM Mukah, Sarawak
- MRSM Betong, Sarawak
- MRSM Kuching, Sarawak
- MRSM Terendak, Melaka
- MRSM Serting, Negeri Sembilan
ii) MRSM Program IGCSE
Program ini menawarkan peluang kepada murid untuk mengikuti kurikulum antarabangsa seawal umur 13 tahun lagi menerusi kurikulum Cambridge Syllabus yang diiktiraf di seluruh dunia setaraf British GCSE dan International GCE O Level.
Murid-murid yang mengambil program ini akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.
Sebanyak 12 MRSM yang menawarkan Program IGCSE adalah seperti berikut:
- MRSM Johor Bahru, Johor
- MRSM Kubang Pasu, Kedah
- MRSM Langkawi, Kedah
- MRSM Tumpat, Kelantan
- MRSM Alor Gajah, Melaka
- MRSM Kuala Klawang, Negeri Sembilan
- MRSM Kuantan, Pahang
- MRSM Tun Abdul Razak, Pahang
- MRSM Parit, Perak
- MRSM Kota Kinabalu, Sabah
- MRSM Kuching, Sarawak
- MRSM Kuala Kubu Bharu, Selangor
iii) MRSM Program Ulul Albab
Program ini menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah.
Murid-murid di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah termasuk program nilai tambah Tahfiz al-Quran.
7 lokasi MRSM yang menawarkan program Ulul Albab iaitu:
- MRSM Kota Putra, Terengganu
- MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan
- MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang
- MRSM Sungai Besar, Selangor
- MRSM Semporna, Sabah
- MRSM ATM Bera, Pahang
- MRSM Bagan Datuk, Perak
iv) MRSM Program Teknikal
Program ini menawarkan elemen teknikal melalui mata pelajaran Sains Kejuruteraan seperti ilmu Kejuruteraan Robotik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrikal dan Internet of Things (IoT) yang bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
Murid-murid yang mengambil program ini akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.
Hanya 1 MRSM yang menawarkan program teknikal iaitu:
- MRSM Bentong, Pahang
v) MRSM Program IB-MYP
Program ini menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MARA berteraskan STEM dengan mengintegrasikan kurikulum International Baccaleurate-Middle Year Programme yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah.
Murid-murid yang mengambil program ini akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.
3 lokasi MRSM yang menawarkan program ini adalah seperti berikut:
- MRSM Tun Dr Ismail, Johor
- MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang
- MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens, Sandakan Sabah
vi) MRSM Program Bitara
Program ini menawarkan pendidikan kepada murid yang mempunyai pencapaian akademik tinggi melalui pendekatan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat serta potensi murid (gifted & talented).
Murid-murid yang mengambil program ini akan melaksanakan modifikasi kurikulum melalui pendekatan pemadatan, pelebaran dan pedalaman (compacting, breadth and depth) bagi melahirkan murid yang mempamerkan perlakuan bestari (gifted behavior).
3 lokasi MRSM yang menawarkan program Bitara iaitu:
- MRSM Taiping, Perak
- MRSM Tun Ghafar Baba, Melaka
- MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan
Syarat Kemasukan MRSM
Syarat kemasukan yang ditetapkan bagi murid yang berminat untuk memasuki MRSM sama ada Tingkatan 1 atau 4 adalah:
- Calon warganegara Malaysia.
- Ibu dan/ atau bapa kandung ialah warganegara Malaysia.
- Calon perlu memohon dalam talian (online) dan wajib menduduki Ujian KecenderunganKemasukan MRSM (UKKM) dan calon yang tidak menduduki UKKM tidak akandipertimbangkan untuk pemilihan kemasukan MRSM tahun 2025.
- Calon Program Khas wajib menduduki:
– Ujian Teknikal bagi pilihan MRSM Program Teknikal, atau
– Ujian Khas Ulul Albab bagi pilihan MRSM Program Ulul Albab atau
– Ujian Khas IGCSE bagi pilihan MRSM Program IGCSE
– Ujian Kognitif Bitara bagi pilihan MRSM Program Bitara Tingkatan 4 - Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari.
- Umur Persekolahan Calon:
– Tingkatan 1 2025 adalah bagi calon yang lahir pada 2 Januari 2012 hingga 1 Januari 2013, atau
– Tingkatan 4 2025 adalah bagi calon yang lahir pada 2 Januari 2009 hingga 1 Januari 2010. - Ibu bapa/penjaga tidak disenaraihitamkan (blacklisted) oleh MARA.
- Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yangmemenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Tacara Permohonan
Tatacara permohonan boleh dirujuk menerusi langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari laman web https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/
- Tandakan pada kotak pengakuan dan klik butang ‘Setuju.’
- Klik “Klik Di Sini” sama ada untuk permohonan Tingkatan 1 atau Tingkatan 4.
- Klik “Daftar Pengguna.”
- Isikan nombor kad pengenalan calon Tingkatan 1 atau Tingkatan 4 dan klik “Hantar.”
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik “Hantar.”
- Login dengan memasukkan no kad pengenalan calon dan kata laluan.
- Ini dan lengkapkan semua maklumat pemohon, ibu, bapa dan penjaga, pendapatan keluarga, pilihan program, dan MRSM di ruangan yang disediakan.
- Tandakan pada kotak perakuan pemohon.
- Klik “Hantar” untuk mengjantar permohonan.
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan mengenai kemasukan ke MRSM 2025, sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2613 4222.