MRSM IGCSE: Subjek, Syarat Umum, Khusus & Lokasi

MRSM IGCSE adalah salah satu program MRSM yang ditawarkan kepada para pelajar di peringkat menengah.

MRSM ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.

Mengenai MRSM IGCSE

MRSM ini menawarkan peluang kepada murid untuk mengikuti kurikulum antarabangsa seawal umur 13 tahun lagi menerusi kurikulum Cambridge Syllabus yang diiktiraf di seluruh dunia setaraf British GCSE dan International GCE O Level.

Murid-murid yang mengambil program ini akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

Kemudahan Yang Ditawarkan

MRSM menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan untuk pelajar seperti berikut:

  • Surau
  • Pusat Media
  • Kedai Koperasi
  • Rawatan Gigi
  • Kaunseling
  • Perkhidmatan Bas dan Van
  • Pusat Sumber (berhawa dingin)
  • Dewan Makan
  • Perkhidmatan Dobi
  • Kawalan Keselamatan
  • Kemudahan Sukan dan Permainan/Rekreasi

Lokasi Sekolah MRSM IGCSE

Sebanyak 12 MRSM yang menawarkan program ini adalah iaitu:

  • MRSM Johor Bahru, Johor
  • MRSM Kubang Pasu, Kedah
  • MRSM Langkawi, Kedah
  • MRSM Tumpat, Kelantan
  • MRSM Alor Gajah, Melaka
  • MRSM Kuala Klawang, Negeri Sembilan
  • MRSM Kuantan, Pahang
  • MRSM Tun Abdul Razak, Pahang
  • MRSM Parit, Perak
  • MRSM Kota Kinabalu, Sabah
  • MRSM Kuching, Sarawak
  • MRSM Kuala Kubu Bharu, Selangor

Syarat Umum

Syarat umum bagi memasuki MRSM program ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia.
  3. Mestilah memohon secara online.
  4. Sihat tubuh badan.
  5. Calon kurang upaya mestilah calon yang boleh bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memasuki MRSM program ini adalah seperti berikut:

  1. Calon warganegara Malaysia.
  2. Ibu dan/ atau bapa ialah warganegara Malaysia.
  3. Calon boleh memohon online dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
  4. Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari.
  5. Ibu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.
  6. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Maklumat Lanjut MRSM IGCSE

Maklumat lanjut mengenai MRSM IGCSE, sila layari laman web https://www.mara.gov.my/bm/pendidikan/mrsm/program-sistem-pendidikan-mrsm/#tab-id-2.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: