IGCSE: Kelebihan Program Pendidikan Dwisijil MRSM

IGCSE: Kelebihan Program Pendidikan Dwisijil MRSM

Salah satu program yang ditawarkan kepada murid di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) ialah program pendidikan dwisijil International General Certificate Of Secondary Education (IGCSE).

IGCSE adalah program berasaskan sistem kurikulum antarabangsa iaitu Cambridge International General Certificate of Secondary Education yang berasaskan STEM.

Untuk makluman, Cambridge Syllabus merupakan kurikulum yang diiktiraf di seluruh dunia setaraf dengan British GCSE dan International GCE O Level.

Program ini memberi peluang kepada murid untuk mengikuti kurikulum antarabangsa ini seawal 13 tahun lagi.

Pengenalan

Melalui IGCSE, selain mengikuti kurikulum Cambridge International General Certificate of Secondary Education, murid juga mengikuti pembelajaran kurikulum kebangsaan.

Ini bermakna, murid akan mengikuti mengikuti peperiksaan Cambridge IGCSE pada akhir tingkatan 4 manakala mereka juga akan mengikuti peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada akhir tingkatan 5.

Kelebihan IGCSE

Murid yang mengikuti program ini bakal mendapat nilai tambah (value-add) menerusi sistem pendidikan MRSM sedia ada.

Selain itu, sijil IGCSE merupakan kelayakan peperiksaan yang berprofil tinggiserta diiktiraf di kebanyakan universiti terkemuka di peringkat antarabangsa.

Lokasi MRSM IGCSE

Berikut adalah merupakan senarai MRSM yang menawarkan program IGCSE kepada murid seawal umur 13 tahun:

  • MRSM Johor Bahru, Johor
  • MRSM Alor Gajah, Melaka
  • MRSM Kuala Klawang, Negeri Sembilan
  • MRSM Kuantan, Pahang
  • MRSM Tun Abdul Razak, Pahang
  • MRSM Kuala Kubu Bharu, Selangor
  • MRSM Parit, Perak
  • MRSM Tumpat, Kelantan
  • MRSM Langkawi, Kedah
  • MRSM Kubang Pasu, Kedah
  • MRSM Kuching, Sarawak
  • MRSM Tun Mustapha, Sabah

Syarat Umum

Syarat umum yang ditetapkan bagi permohonan ke MRSM bagi program ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia.
  3. Permohonan mestilah dibuat melalui atas talian.
  4. Sihat tubuh badan.
  5. Calon kurang upaya mestilah boleh bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain.

Syarat Khusus

Selain syarat umum, murid juga perlu memenuhi syarat khusus yang ditetapkan iaitu:

  1. Pencapaian akademik yang cemerlang.
  2. Aktif dalam aktiviti kokurikulum.
  3. Keutamaan diberikan kepada murid daripada keluarga berpendapatan rendah.
  4. Pemilihan pelajar ke MRSM adalah berdasarkan merit.

Maklumat Lanjut Tentang Kelebihan IGCSE

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai MRSM IGCSE, sila layari laman web https://www.mara.gov.my/en/index/education/mjsc/mrsm-education-system-program/?lang=en

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: