MRSM Premier: Syarat Umum, Khusus & Lokasi

Salah satu program yang ditawarkan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh negara adalah MRSM Premier.

MRSM ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.

Apa Itu MRSM Premier?

Salah satu program yang ditawarkan di MRSM adalah MRSM Premier iaitu program yang menawarkan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah.

Selain itu, murid-murid yang mengikuti program ini juga akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Kemudahan Yang Ditawarkan

MRSM menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan untuk pelajar seperti berikut:

  • Surau
  • Pusat Media
  • Kedai Koperasi
  • Rawatan Gigi
  • Kaunseling
  • Perkhidmatan Bas dan Van
  • Pusat Sumber (berhawa dingin)
  • Dewan Makan
  • Perkhidmatan Dobi
  • Kawalan Keselamatan
  • Kemudahan Sukan dan Permainan/Rekreasi

Lokasi MRSM Premier

Lokasi sekolah bagi program ini adalah seperti berikut:

  • MRSM Batu Pahat, Johor
  • MRSM Mersing, Johor
  • MRSM Muar, Johor
  • MRSM Baling, Kedah
  • MRSM Merbok, Kedah
  • MRSM Pendang, Kedah
  • MRSM PDRM, Kulim Kedah
  • MRSM Arau, Perlis
  • MRSM Beseri, Perlis
  • MRSM Felda, Sungkai Perak
  • MRSM Gerik, Perak
  • MRSM Lenggong, Perak
  • MRSM Pasir Salak, Perak
  • MRSM Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar Perak
  • MRSM Pengkalan Hulu, Perak
  • MRSM Jeli, Kelantan
  • MRSM Kuala Krai, Kelantan
  • MRSM Pasir Tumboh, Kelantan
  • MRSM Kuala Berang, Terengganu
  • MRSM Kuala Terengganu, Terengganu
  • MRSM Besut, Terengganu
  • MRSM Muadzam Shah, Pahang
  • MRSM Tun Ghazali Shafie, Kuala Lipis Pahang
  • MRSM Transkrian, Nibong Tebal Pulau Pinang
  • MRSM Tun Mustapha, Tawau Sabah
  • MRSM Kota Kinabalu, Sabah
  • MRSM Mukah, Sarawak
  • MRSM Betong, Sarawak
  • MRSM Kuching, Sarawak
  • MRSM Terendak, Melaka
  • MRSM Serting, Negeri Sembilan

Syarat Umum

Syarat umum untuk memasuki MRSM bagi program Premier ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia.
  3. Mestilah memohon secara online.
  4. Sihat tubuh badan.
  5. Calon kurang upaya mestilah calon yang boleh bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain.

Syarat Khusus

Selain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat khusus iaitu:

  1. Pencapaian akademik yang cemerlang.
  2. Aktif dalam aktiviti kokurikulum.
  3. Keutamaan diberikan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.
  4. Pemilihan pelajar ke MRSM adalah berdasarkan merit.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai MRSM Premier, sila layari laman web https://www.mara.gov.my/bm/pendidikan/mrsm/program-sistem-pendidikan-mrsm/#tab-id-2.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: