MRSM Ulul Albab: Subjek, Syarat Umum, Khusus & Lokasi

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Ulul Albab merupakan salah satu program MRSM yang ditawarkan menerusi institusi pendidikan tersebut.

Untuk makluman, MRSM ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.

Apa Itu MRSM Ulul Albab?

Salah satu program MRSM yang ditawarkan adalah MRSM Ulul Albab yang menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah.

Murid-murid di MRSM ini akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah termasuk program nilai tambah Tahfiz al-Quran.

Program ini bermatlamat untuk melahirkan generasi Teknokrat Hafiz Profesional yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi mempunyai kemahiran dalam bidang keagamaan berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai generasi Ulul Albab.

Kemudahan Yang Ditawarkan

MRSM menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan untuk pelajar seperti berikut:

  • Surau
  • Pusat Media
  • Kedai Koperasi
  • Rawatan Gigi
  • Kaunseling
  • Perkhidmatan Bas dan Van
  • Pusat Sumber (berhawa dingin)
  • Dewan Makan
  • Perkhidmatan Dobi
  • Kawalan Keselamatan
  • Kemudahan Sukan dan Permainan/Rekreasi

Pelaksanaan Kurikulum Tahfiz MRSM Ulul Albab

Pelaksanakan kurikulum tahfiz bagi program MRSM ini adalah seperti berikut:

i) Tingkatan 1

  • Semester satu.
    – Empat surah pilihan dan lima juzuk (Surah al-Sajadah, Yaasin, alDukhan, al-Mulk dan juzuk satu hingga juzuk lima).
  • Semester dua.
    – Enam juzuk (juzuk enam hingga juzuk sebelas)

ii) Tingkatan 2

  • Semester satu
    – Enam Juzuk (juzuk dua belas hingga juzuk tujuh belas)
  • Semester dua.
    – Enam juzuk (juzuk lapan belas hingga juzuk dua puluh tiga)

iii) Tingkatan 3

  • Semester satu
    – Enam Juzuk (juzuk dua puluh empat hingga dua puluh sembilan)
  • Semester dua
    – Satu juzuk (juzuk tiga puluh)

Lokasi MRSM Ulul Albab

Terdapat 8 lokasi MRSM yang menawarkan program Ulul Albab iaitu:

  • MRSM Kota Putra, Terengganu
  • MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan
  • MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang
  • MRSM Sungai Besar, Selangor
  • MRSM Semporna, Sabah
  • MRSM ATM Bera, Pahang
  • MRSM Bagan Datuk, Perak
  • MRSM Felda Trolak, Perak

Syarat Umum

Syarat umum untuk memasuki MRSM bagi program ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia.
  3. Mestilah memohon secara online.
  4. Sihat tubuh badan.
  5. Calon kurang upaya mestilah calon yang boleh bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain.

Syarat Khusus

Selain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat khusus iaitu:

  1. Pencapaian akademik yang cemerlang.
  2. Aktif dalam aktiviti kokurikulum.
  3. Keutamaan diberikan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.
  4. Pemilihan pelajar ke MRSM adalah berdasarkan merit.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai MRSM Ulul Albab, sila layari laman web https://www.mara.gov.my/bm/pendidikan/mrsm/program-sistem-pendidikan-mrsm/#tab-id-2.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: