My50: Pas Perjalanan Bulanan Tanpa Had Rapid KL & Penang

Untuk menjimatkan kos pengangkutan orang ramai, pas perjalanan bulanan tanpa had perkhidmatan Rapid KL dan Rapid Penang iaitu My50 boleh dimiliki oleh orang ramai.
Untuk makluman, My50 ialah pas perjalanan tanpa had yang menawarkan 30 hari perjalanan tanpa had di Rapid KL LRT, MRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL dan perkhidmatan bas pengantara MRT di Lembah Klang.
Bagi Pulau Pinang pula, My50 Mutiara Pass menawarkan 30 hari perjalanan tanpa had untuk semua rakyat Malaysia dengan perkhidmatan bas Rapid Penang.
Pelaksanaan pas perjalanan ini adalah bagi mengurangkan beban kos pengangkutan orang ramai termasuk murid atau pelajar yang menggunakan perkhidmatan awam untuk berulang-alik ke tempat pengajian mereka.
Harga My50
Harga pas perjalanan ini adalah berjumlah RM50 dan boleh digunakan tanpa had selama sebulan menerusi perkhidmatan Rapid KL dan Rapid Penang.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi orang ramai yang ingin mendapatkan pas perjalanan ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Mempunyai MyKad atau MyTentera yang sah.
Pusat Pembelian
Orang ramai boleh membeli pas perjalanan ini di tempat-tempat berikut:
i) Pejabat Khidmat Pelanggan Rapid KL
- Semua stesen LRT
- Semua stesen MRT
- Semua stesen Monorel
- Semua stesen BRT
ii) Hab bas terpilih Rapid KL
- Pasar Seni
- Kit Chow
- KLCC
- Sri Nilam
- Puchong Utama
- Titik Mutiara
- Piramid Sunway
- Kayu Hijau
- Seksyen 2 Shah Alam
iii) Kiosk Rapid Penang
- Komtar
- Weld Quay (Terminal B)
- Pulau Pinang Sentral
- Bukit Jambul
- Ibu Pejabat Rapid Penang (Lorong Kulit)
- Kompleks Dato’ Kailan (Kepala Batas)
- Balik Pulau
- Bukit Mertajam
Soalan Lazim
Tidak, pas perjalanan ini hanya boleh dilanggan menggunakan MyKad atau MyTentera yang mempunyai fungsi Touch ‘n Go sahaja. Bagi Rapid Penang, My50 boleh diaktifkan menggunakan Pas Mutiara My50.
Bagi pelajar yang berumur di bawah 12 tahun, anda hendaklah melanggan Kad Konsesi Pelajar MyRapid menerusi perkhidmatan atas talian di laman web Myrapid. Pelajar boleh melanggan pas My50 di mana-mana Kaunter Khidmat Pelanggan dan hab bas terpilih Rapid KL setelah mendapat kad konsesi anda manakala bagi Rapid Penang, pelajar yang berumur di bawah 12 tahun boleh melanggan kad Pas Mutiara di mana-mana kiosk di Rapid Penang.
Tidak, pas perjalanan yang diaktifkan pada MyKad atau MyTentera anda bagi Rapid KL dan Pas Mutiara bagi Rapid Penang yang tidak boleh dipindah milik.
Pada masa ini, My50 tidak ditawarkan bagi perkhidmatan Rapid Kuantan buat masa ini.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Talian Bantuan MyRapid di talian 03-7885 2585 atau melayari laman web https://myrapid.com.my/ untuk maklumat lanjut.