MyBrain 2.0: Permohonan Penajaan Sarjana & PhD
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah membuka permohonan penajaan bagi pengajian Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran menerusi MyBrain 2.0.
Sebelum ini, kerajaan telah memperkenalkan Program MyBrain15 yang merupakan antara program biasiswa yang pernah diperkenalkan mulai 2011 namun dihentikan pada tahun 2016.
Namun, setelah mengambil kira potensi dan usaha kerajaan dalam melahirkan ramai golongan intelektual serta pakar bagi menyokong matlamat kesejahteraan pembangunan negara, kerajaan telah bersetuju untuk memperkenalkan dan melaksanakan semula program biasiswa ini bermula pada tahun 2024.
Berikut adalah info lebih lanjut mengenai penajaan ini.
Mengenai MyBrain 2.0
MyBrain 2.0 merupakan biasiswa yang diperkenalkan untuk individu melanjutkan pendidikan di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah.
Untuk setiap ambilan, sebanyak RM20 juta diperuntukkan dengan sasaran 500 orang setahun dalam bidang-bidang yang kompetitif di pelbagai peringkat.
Objektif pelaksanaan kembali program biasiswa ini adalah untuk:
- Membangunkan modal insan dan pemerkasaan bakat berkemahiran tinggi dalam bidang penyelidikan.
- Menyumbang kepada kebolehpasaran graduan, peningkatan kerjaya, peningkatan pendapatan dan taraf hidup.
- Meningkatkan visibiliti dan penarafan Universiti Awam (UA) dan sektor pendidikan tinggi Malaysia.
Tarikh permohonan dibuka adalah mulai 1 Ogos 2024 sehingga 21 Ogos 2024.
Impak Penajaan
Penajaan ini bertujuan untuk meningkatkan perkara-perkara berikut:
- Dapat meningkatkan hasil penyelidikan yang berimpak tinggi bagi memenuhi kehendak masyarakat, komuniti dan negara melalui penerbitan artikel jurnal, penulisan bab dalam buku dan pendaftaran harta intelek.
- Akses kepada pendidikan tinggi akan membuka peluang kepada graduan meningkatkan kesediaan kemajuan kerjaya dan pekerjaan yang Iebih balk selari dengan peningkatan kelayakan akademik.
- Membantu pelajar meningkatkan pendapatan dan taraf hidup khususnya kepada orang awam yang tidak bekerja atau tidak berpendapatan tetap.
Elemen Tajaan
Penajaan ini merangkumi perkara-perkara berikut:
- Yuran pengajian
- Elaun sara hidup
Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran bagi penajaan ini adalah:
- Orang awam yang tidak bekerja atau tidak mempunyai pendapatan tetap; dan
- Pensyarah Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
Syarat Umum
Syarat umum permohonan adalah seperti berikut:
1. Pemohon mestilah:
– Orang awam yang tidak bekerja atau tidak berpendapatan tetap; atau
– Pensyarah IPTS terpilih.
2. Warganegara Malaysia dengan had umur pada tahun permohonan seperti berikut :
3. Tidak menerima sebarang bentuk tajaan pendidikan/biasiswa daripada lain-lain penaja kecuali pinjaman pelajaran/elaun pembantu penyelidik siswazah/pembiayaan tambahan lain dengan syarat ia bukanlah biasiswa.
4. Sekiranya pelajar mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian yang sedang diikuti, pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak jika ditawarkan penajaan ini.
5. Telah menerima surat tawaran penuh/tanpa syarat daripada IPT atau telah memulakan pengajian secara sepenuh masa di IPT terpilih.
6. Bagi pelajar yang telah memulakan pengajian, baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 12 bulan bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana dan 24 bulan bagi pengajian peringkat Ijazah Kedoktoran pada Semester 1, Sesi 2024/2025;
7. Pemohon pengajian peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran yang akan mengikuti pengajian secara penyelidikan perlu menyediakan kertas cadangan penyelidikan (research proposal) bagi tujuan rujukan dan semakan untuk kelulusan.
8. Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak menghidapi penyakit kronik.
9. Pemohon dan ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh Kerajaan atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak kerajaan.
Kaedah Permohonan
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan permohonan iaitu https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain2/.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai program MyBrain 2.0 ini, sila layari laman web https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain2/.