MyRailLife: Pas Perjalanan Percuma Setahun Tanpa Had

Pas MyRailLife telah diperkenalkan untuk meringankan beban kos pengangkutan pelajar sekolah dan golongan OKU yang menggunakan perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU) dan KTM Komuter selain menggalakkan pelajar sekolah dan golongan OKU menggunakan pengangkutan awam.

Pas ini merupakan perjalanan percuma untuk pelajar sekolah Tahun 1 sehingga Tingkatan 6 dan Orang Kurang Upaya (OKU) bagi perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU) sektor Gemas – Tumpat dan perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang dan Utara.

Tarikh Pelaksanaan

Tarikh pelaksanaan pas ini bermula pada 15 Februari 2023 sehingga 14 Februari 2024.

Perkhidmatan Yang Dibenarkan

Perkhidmatan yang dibenarkan untuk menggunakan pas ini adalah:

  • Perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU) laluan Gemas–Tumpat
  • Perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang (Pelabuhan Klang–Tg. Malim–Pelabuhan Klang & Batu Caves–Pulau Sebang Batu Caves)
  • Perkhidmatan KTM Komuter sektor Utara (Padang Besar–Butterworth–Padang Besar & Padang Rengas–Butterworth–Padang Rengas)

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang melayakkan untuk mendapatkan pas ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pelajar sekolah tahun 1 hingga tahun 6 (umur 7 tahun–12 tahun).
  3. Pelajar sekolah tingkatan 1 hingga tingkatan 6 (umur 13 tahun–19 tahun).
  4. Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Tempat Mendaftar

Pelajar yang ingin mendaftar pas ini boleh mendaftar menerusi cara berikut:

i) Pengguna Perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU)

  • Mendaftar Rekod Pendaftaran Penumpang atau Passenger Name Record (PNR) secara dalam talian melalui aplikasi KITS, laman sesawang KTMB (https://www.ktmb.com.my)
  • Mendaftar PNR di mana-mana kaunter KTMB antara laluan Gemas – Tumpat.

ii) Pengguna Perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang

  • Mendaftar di mana-mana kaunter tiket KTMB di laluan Lembah Klang.

iii) Pengguna Perkhidmatan KTM Komuter sektor Utara:

  • Mendaftar Rekod Pendaftaran Penumpang atau Passenger Name Record (PNR) secara dalam talian melalui aplikasi KITS, laman sesawang KTMB (https://www.ktmb.com.my)
  • Mendaftar PNR di mana-mana kaunter KTMB di laluan Padang Besar-Butterworth–Padang Besar dan Padang Rengas–Butterworth–Padang Rengas.

Cara Membuat Pendaftaran

Pendaftaran pas perjalanan MyRail5 ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Sila layari laman web di pautan bit.ly/2KJXu2c.
  2. Klik bahagian ‘Sign Up Now.’
  3. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Sign Up.’
  4. Log masuk dengan memasukkan email dan kata laluan.
  5. Kemudian, pergi ke menu ‘Rail Pass’ dan klik bahagian ‘Special Registeration.’
  6. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan muat naik dokumen yang diperlukan.
  7. Klik butang ‘Submit’ untuk melengkapkan pendaftaran.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk mendaftar adalah seperti berikut:

i) Pengguna Perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU) (melalui online atau kaunter)

  • No. PNR
  • MyKad/MyKid/Sijil lahir (bagi pelajar sekolah)
  • Kad pendaftaran OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Dokumen pengesahan daripada pihak sekolah (bagi pelajar sekolah Tingkatan 6 sahaja)

ii) Pengguna Perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang (melalui kaunter)

  • MyKad/MyKid (bagi pelajar sekolah)
  • Membawa kad konsesi Komuter Link sedia ada ke kaunter-kaunter KTMB untuk ditukar kepada Pas MyRailLife
  • Dokumen pengesahan daripada pihak sekolah (bagi pelajar sekolah Tingkatan 6 sahaja)

iii) Pengguna Perkhidmatan KTM Komuter sektor Utara (melalui online atau kaunter)

  • No. PNR
  • MyKad/MyKid/Sijil lahir (bagi pelajar sekolah)
  • Kad pendaftaran OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Dokumen pengesahan daripada pihak sekolah (bagi pelajar sekolah Tingkatan 6 sahaja)

Pertanyaan Lanjut

Info lanjut mengenai pas MyRailLife, sila layari laman web https://bit.ly/3S3qAbm.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: