MySISWAPLACE: Tebus Baucar Buku IPT RM100

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) meneruskan inisiatif baucar buku bernilai RM100 kepada para pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) sebagaimana telah dilaksanakan pada Jun lalu dan ianya boleh ditebus menerusi portal MySISWAPLACE.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai penebusan baucar buku ini.

Pelaksanaan Fasa 1 & 2

KPT sebelum ini telah membuat penyaluran Fasa 1 melalui kaedah e-baucar yang dijana melalui portal GREaT – Graduate Reference Hub for Employment and Training kendalian KPT iaitu https://great.mohe.gov.my.

Penebusan kod baucar yang terjana di portal GREaT tersebut hanya sah digunakan untuk pembelian buku secara dalam talian di platform BookCapital sahaja dengan setiap pelajar layak menebus baucar sejumlah RM100 bagi satu kali transaksi.

Namun, untuk Fasa 2, pihak KPT telah menggunakan Portal MySISWAPLACE bagi penebusan baucar buku ini.

Pelaksanaan Fasa 2 ini dijadual bermula pada 30 Oktober hingga 31 Disember 2024 yang akan memanfaatkan lebih 1 juta pelajar IPT warganegara Malaysia.

Mengenai Portal MySISWAPLACE

Portal ini merupakan portal yang dibangunkan bagi tujuan penebusan kod baucar buku yang ditawarkan kepada pelajar IPT.

Pemilihan portal ini di bawah kendalian Yayasan Perkasa Siswa (YPS) yang merupakan agensi rasmi di bawah KPT adalah untuk memudahkan urusan para pelajar menggunakannya sepanjang inisiatif ini.

Menariknya, portal ini membantu pelajar dengan menyediakan akses mudah dan cepat kepada bahan bacaan melalui pelantar atas talian yang dilengkapi dengan sistem yang telus bagi memastikan pelajar sentiasa mempunyai bahan rujukan yang diperlukan, memaksimumkan keberkesanan pembelajaran dan mengurangkan kesulitan.

Majlis Peluncuran portal ini akan disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi pada 29 Oktober 2024.

Untuk fasa 1 sebelum ini, pelajar telah menebus baucar buku ini di portal Graduate Reference Hub for Employment and Training https://great.mohe.gov.my.

Nilai Baucar Buku

Nilai baucar buku yang bakal diterima oleh pelajar yang layak adalam RM100 bagi pembelian buku.

Tempoh Penebusan

Tempoh penebusan baucar dan pembelian buku boleh dibuat sehingga 31 Disember 2024. 

Cara Penebusan

Untuk menebus bauacar buku ini, pelajar mestilah menjana kod baucar setelah semakan kelayakan dibuat di portal MySISWAPLACE di pautan https://mysiswaplace.my.

Penebusan kod baucar yang terjana di portal hanya sah digunakan untuk pembelian buku di portal tersebut sahaja dengan setiap pelajar layak menebus baucar berjumlah RM100.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai penebusan baucar buku ini, sila layari laman web https://www.mohe.gov.my/.

Baca juga: Cara Penebusan Baucar Buku RM100 Pelajar Sekolah & IPT

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: