Pahang Pride Kid 2023: Bantuan RM300 Kelahiran Baharu

Ibu bapa yang melahirkan anak di dalam tahun 2023 berpeluang untuk memohon bantuan Pahang Pride Kid 2023 berjumlah RM300.

Pahang Pride Kid merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Pahang bagi meneruskan Program Anak Kebanggaan Pahang yang dijalankan sebelum ini.

Inisiatif ini dijangka akan memberi manfaat kepada 25,000 bayi yang dilahirkan di Negeri Pahang.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang inisiatif ini untuk makluman semua, khususnya rakyat Pahang.

Apakah Pahang Pride Kid 2023?

Kerajaan Negeri Pahang meneruskan program Anak Kebanggaan Pahang dengan memperuntukkan bantuan RM300 bagi setiap kelahiran:

  • RM50 – Barangan keperluan bayi
  • RM100 – Dalam bentuk simpanan akaun NURI
  • RM150 – Dalam bentuk Gold Bar

Tujuan program ini dilaksanakan adalah bagi membantu ibu bapa yang baharu menerima cahaya mata mengharungi cabaran terutama dari sudut ekonomi dalam membesarkan anak mereka.

Oleh itu, ibu bapa yang baru mendapat cahaya mata adalah dialu-alukan untuk memohon inisiatif ini.

Kadar Bantuan Pahang Pride Kid

Kadar bantuan yang akan diberikan adalah bernilai RM300 yang merangkumi:

  • RM50 dalam bentuk barangan bayi
  • RM100 dalam bentuk simpanan Bank Rakyat
  • RM150 dalam bentuk gold bar

Jumlah bantuan ini meningkat berbanding tahun 2022 iaitu RM200 kepada setiap kelahiran baharu yang layak di Negeri Pahang.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon inisiatif ini adalah seperti berikut:

  1. Bayi yang dilahirkan sebagai Warganegara Malaysia.
  2. Bayi dilahirkan di negeri Pahang.
  3. Dilahirkan pada tahun 2023.

Tatacara Permohonan Pahang Pride Kid

Permohonan inisiatif ini boleh dibuat menerusi tatacara berikut:

  1. Layari laman web https://erakyat.pahang.gov.my/.
  2. Klik butang “Permohonan Pahang Pride Kids.”
  3. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  4. Klik butang “Hantar.”

Selepas itu, ibu bapa perlu membuka akaun Bank Rakyat anak tersebut untuk memastikan bantuan simpanan Bank Rakyat dapat diterima.

Ibu bapa/penjaga yang sah perlu hadir ke bank bersama dokumen berikut untuk membuka akaun bank:

  1. Kad pengenalan ibu bapa/penjaga sah
  2. Sijil lahir bayi
  3. Sijil Tahniah Bayi Kebanggaan Pahang 2023
  4. Slip pendaftaran e-Rakyat yang telah diluluskan.

Info Lanjut

Sebarang pertanyaan atau info mengenai skim bantuan / inisiatif ini 2023, sila hubungi Unit Pembangunan Wanita dan Sosial Negeri Pahang di talian 09-512 4043/09-512 4039.

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: