Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap Serendah RM69 Sebulan

Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap telah diperkenalkan bagi membantu golongan B40, veteran, Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas dengan harga lebih rendah.

Inisiatif itu yang selaras dengan komitmen Kerajaan Perpaduan bagi menurunkan kos sara hidup rakyat menerusi penawaran perkhidmatan jalur lebar yang lebih murah kepada rakyat.

Inisiatif ini bukan sahaja seiring dengan hasrat untuk meringankan beban rakyat, malah menunjukkan Kerajaan Perpaduan dan penyedia perkhidmatan mengambil perhatian terhadap keperluan dan kebajikan rakyat.

Pakej ini boleh dilanggan mulai Mac 2023.

Sasaran Pakej

Pakej ini ditawarkan kepada mereka dalam golongan berikut:

  • B40
  • Veteran tentera
  • Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Warga emas

Harga Ditawarkan

Harga yang ditawarkan adalah RM69/bulan dengan kontrak selama 24 bulan dengan internet yang ditawarkan adalah berkelajuan 30 Mbps dengan data tanpa had.

Harga ini merupakan 22% lebih murah berbanding harga pakej semasa dengan spesifikasi yang sama iaitu sekitar RM89.

Penyedia Perkhidmatan

Penyedia perkhidmatan yang menawarkan pakej ini adalah seperti berikut:

  1. Telekom Malaysia (TM)
  2. YTL
  3. Maxis
  4. CelcomDigi
  5. TIME Berhad
  6. U Mobile
  7. Astro

Cara Melanggan

Orang ramai akan ditawarkan mengenai pakej ini mulai Mac 2023 oleh syarikat penyedia perkhidmatan yang menawarkan pakej ini.

Oleh itu, orang ramai adalah dinasihatkan untuk memeriksa dengan syarikat penyedia perkhidmatan sebelum melanggan pakej ini.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap, sila layari laman web https://www.pmo.gov.my/ms/2023/02/pakej-perpaduan-jalur-lebar-tetap/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: