Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih telah dilancarkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil pada 28 Februari 2023.
Menerusi pakej ini, orang ramai boleh mendapatkan pakej prabayar internet mudah alih serendah RM5 sebulan sahaja.
Pakej ini adalah antara usaha kerajaan untuk membantu golongan B40 termasuk veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), orang kurang upaya (OKU) serta warga emas.
Ini adalah untuk meringankan beban rakyat dan pada masa yang sama memastikan setiap rakyat mendapat akses kepada perkhidmatan telekomunikasi termasuk internet yang berkualiti dengan harga mampu milik.
Pakej ini diharap dapat membantu golongan sasaran untuk memanfaatkan platform digital dan mengambil peluang dalam ekonomi digital untuk meningkatkan taraf sosioekonomi keluarga, seterusnya membantu membina ekonomi digital Malaysia.
Harga Ditawarkan
Harga yang ditawarkan menerusi pakej ini adalah RM30 untuk 6 bulan (180 hari).
Ini adalah penjimatan sebanyak 50% berbanding pakej sedia ada iaitu dari RM10 sebulan kepada hanya RM5 sebulan.
Kelajuan internet yang bakal diterima adalah 3Mbps dengan kouta internet sebanyak 30GB.
Penerima Pakej
Sasaran penerima pakej ini adalah khusus kepada:
- Golongan belia berumur sehingga 30 tahun
- B40
- Warga Emas
- Orang Kurang upaya (OKU)
- Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
- Veteran Polis
Penyedia Perkhidmatan
Setakat ini, 5 syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi menawarkan pakej ini iaitu:
- CelcomDigi
- Maxis
- U Mobile
- Telekom Malaysia (TM)
- YTL Communications
Cara Mendapatkan Pakej
Untuk mendapatkan pakej ini, orang ramai perlu menyemak dengan syarikat penyedia perkhidmatan masing-masing.
Pautan semakan boleh dibuat seperti dibawah:
- CelcomDigi: https://www.celcom.com.my/personal/prepaid/pakej-perpaduan atau https://www.digi.com.my/prepaid/pakej-perpaduan.
- Maxis: https://www.hotlink.com.my/ms/faq/campaigns/hotlink-pakej-perpaduan/
- U Mobile: https://www.u.com.my/en/personal/deals/pakej-perpaduan
- Telekom Malaysia (TM): https://campaign.unifi.com.my/pakej-perpaduan/
- YTL Communication: https://www.yes.my/ms/docs/faq-ms/kempen-promosi/pakej-perpaduan-yes-promotion/
Info Lanjut
Info lanjut mengenai Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih ini, sila layari laman web Kementerian Komunikasi dan Digital di pautan https://www.kkd.gov.my/.