Pakej RAHMAH Prabayar Siswa: RM30 Untuk 30GB

Kerajaan melalui Kementerian Komunikasi telah mengumumkan penawaran Pakej RAHMAH Prabayar Siswa khusus untuk golongan pelajar lepasan menengah yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) terpilih.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai pakej ini.
Mengenai Pakej RAHMAH Prabayar Siswa
Pakej RAHMAH Prabayar Siswa merupakan pakej yang ditawarkan kepada siswa pada harga tidak lebih RM30, dengan minimum permulaan data 30 gigabait (GB) untuk tempoh sah laku selama 180 hari.
Pakej ditawarkan ini adalah usaha Kementerian Komunikasi dengan kerjasama strategik syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi terbabit, sejajar hasrat kerajaan menangani peningkatan kos sara hidup, khususnya bagi membantu golongan pelajar ketika sesi pengajian dan pembelajaran.
Tawaran pakej ini merupakan hasil peluasan Pakej Internet Mudah Alih (Prabayar) Rahmah yang diperkenalkan pada tahun 2023.
Pada ketika itu, kerajaan mengumumkan Pakej RAHMAH Allo dengan harga langganan serendah RM69 sahaja.
Inisiatif tersebut diperkenalkan hanya bersama syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi Allo Technology Sdn. Bhd. (Allo), yang merupakan sebuah anak syarikat di bawah Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Tarikh Langganan
Pelajar boleh mula melanggan pakej ini mulai 16 Ogos 2024.
Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi
Terdapat 5 penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat dalam pakej ini iaitu:
- CelcomDigi
- Maxis
- U Mobile
- TM Tech
- YTL Communications (YES).
Senarai IPTA & ILKA Yang Terpilih
Senarai IPTA dan ILKA yang terpilih akan diumumkan oleh Kementerian Komunikasi menerusi laman sesawang https://www.komunikasi.gov.my.
Cara Melanggan
Maklumat lanjut mengenai cara melanggan pakej ini akan diumumkan oleh syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi dalam waktu terdekat.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai Pakej RAHMAH Prabayar Siswa boleh dirujuk melalui laman web http://www.komunikasi.gov.my.
Baca juga: