Koleksi Pantun Hari Guru Yang Sering Digunakan

Sempena sambutan Hari Guru yang bakal berlangsung tidak lama lagi, murid boleh memeriahkan sambutan tersebut dengan memberikan pantun Hari Guru.

Sambutan Hari Guru disambut di seluruh negara pada 16 Mei setiap tahun menghargai jasa dan pengorbanan para guru di seluruh negara.

Antara objektif Hari Guru disambut adalah seperti berikut:

  1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  2. Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  3. Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Senarai Pantun Hari Guru

Senarai pantun yang boleh digunakan adalah seperti berikut:

  • Tujuh belas tahun rindu tersemat,
    Tanjung Aru tempat berjumpa,
    Enam belas Mei tarikh keramat,
    Jasa guru jangan di lupa.
  • Anak kancil pergi berguru,
    Tidak terbiasa kerja yang sia,
    Dari kecil diasuh guru,
    Agar dewasa menjadi manusia.
  • Hendak berburu ke luar kota,
    Seluas alam bumi terentang,
    Tanpa guru siapalah kita,
    Ibarat malam tanpa bintang.
  • Jalan ke barat berpilin-pilin,
    Cuaca redup menawar duka,
    Guru ibarat cahaya,
    Menyuluh hidup tiap ketika.
  • Angin menderu dengan sepoinya,
    Di anak tangga duduk berperikan,
    Kasih guru akan muridnya,
    Masa dan tenaga rela korbankan.
  • Meski Utarid kabur pandangannya,
    Hanya percaya kuasa Tuhan,
    Kasih murid akan gurunya,
    Gapai jaya di hari depan.
  • Putik baru mekar di laman,
    Kembang kudup kumbang terikat,
    Hargai guru sepanjang zaman,
    Agar hidup beroleh berkat.
  • Berburu ke padang datar,
    Dapat rusa belang kaki.
    Berguru kepalang ajar,
    Bagai bunga kembang tak jadi.
  • Tampak berbekas rindu tersemat,
    Tanjung Aru tempat berjumpa,
    Enam belas Mei tarikh keramat,
    Jasa guru jangan di lupa.
  • ABC dan Alif Ba Ta,
    Satu dua tiga dan empat,
    Selalu cikgu ajar kita,
    Dilatih tubi sampai depat.
  • Satu dua tiga empat,
    Lima enam tujuh lapan,
    Dilatih tubi sampai dapat,
    Apabila depat maju ke depan.
  • Lima enam tujuh lapan,
    Rajin belajar cepat maju,
    Apabila dapat maju ke depan,
    Terima kasih banyak Cikgu!
  • Betik masak lebat dipangkal,
    Penuh kapal bawa belayar,
    Baik budi panjang akal,
    Hormat guru tekun belajar.
  • Manis rasanya buah delima,
    Masak sebiji dicelah daun,
    Budi guru saya terima,
    Jadi kenangan bertahun-tahun.
  • Pohon kelapa tegak berdiri,
    Kelapa ditanam tepi bangunan,
    Ilmu di dunia terus dicari,
    Jasa guru dilupa jangan.
  • Pergi memburu di hutan lama,
    Depat rusa waktu pagi,
    Kalau ilmu ku dapat sama,
    Usaha guru ku sanjung tinggi.
  • Pakai baju warna biru,
    Pergi ke sekolah pukul satu,
    Murid sentiasa hormatkan guru,
    Kerana guru pembekal ilmu.
  • Pasang surut berhenti dulu,
    Sudah pasang baru berangkat,
    Orang patut menghormati guru,
    Petua dipegang ilmu diingat.
  • Istana kota sebelas langkat,
    Tempat baharu Nakhoda Pekan,
    Sama kata sama sepakat,
    Hari guru mari raikan.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai sambutan Hari Guru, layari laman

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: