PBAKL 2025: Tarikh & Lokasi Penganjuran

Bagi yang menantikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025, pesta ini akan menemui anda tidak lama lagi.

Untuk pengetahuan anda, pesta buku terbesar di Malaysia pada tahun 2025 adalah penganjuran kali yang ke-42.

Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai pesta buku ini.

Mengenai PBAKL

PBAKL ialah sebuah pesta buku tahunan yang dianjurkan di Malaysia yang dianjurkan secara rasmi sejak 1981. lokasi tertentu sehingga akhirnya Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur menjadi lokasi rasmi saban tahun.

Ini bermula pada tahun 1972 apanila UNESCO mengumumkan bahawa tahun tersebut sebagai Tahun Buku Antarabangsa.

Oleh itu, syarikat tempatan mengambil inisiatif daripada promosi UNESCO ini untuk mengadakan pameran buku.

Walau bagaimanapun, sehingga 1976 Persatuan Penerbit Buku Malaysia bercadang ia dianjurkan secara berpusat yang dinamakan sebagai “Pameran Buku Kebangsaan” yang berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur.

Oleh kerana sambutan yang hangat daripada pelajar universiti, ia kemudiannya dianjurkan di Dewan Tunku Canselor pada 1982 yang dikenali sebagai Pesta Buku Malaysia.

Tarikh PBAKL 2025

PBAKL untuk tahun 2025 akan berlangsung pada butiran berikut:

  • Tarikh:23 Mei hingga 1 Jun 2025
  • Tempat: Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur
  • Jam: 10 am – 10 pm

Surat Hebahan

Untuk pihak sekolah yang memerlukan surat hebahan, pihak KPM telah mengeluarkan surat hebahan untuk penganjuran pesta buku ini.

Pihak sekolah dimohon untuk mengemukakan permohonan lawatan melalui Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai PBAKL, sila ikuti saluran-saluran berikut:

Baca juga: Iltizam Anak Istimewa Selangor: Bantuan Khas ANIS 2025

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: