PDG: Permohonan Program Duta Guru Yayasan Petronas

Untuk para guru di Malaysia, Yayasan PETRONAS dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka pendaftaran untuk para guru menyertai Program Duta Guru (PDG).

Berikut adalah maklumat dan info mengenai program ini.

Mengenai Program Duta Guru

Program Duta Guru (PDG) ialah usahasama antara Yayasan PETRONAS dan KPM, menerusi Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), yang merupakan program jangka panjang berteraskan industri bagi mengukuhkan keupayaan guru STEM di sekolah dengan majoriti murid-murid daripada golongan B40.

Program ini dijalankan untuk memperkasakan seramai 4,500 orang guru teladan yang kompeten dan komited dalam meningkatkan Kemahirann Berfikir Aras Tinggi (KBAT) melalui pendidikan STEM.

Program Duta Guru kini terdiri daripada 900 orang Guru STEM daripada 145 PPD di seluruh Malaysia.

Permohonan dibuka kepada guru-guru yang berminat bagi kohort 6 sebelum 18 Ogos 2024 (Ahad), 11.59 malam.

Komponen Program Program Duta Guru

Sepanjang dua tahun program dilaksanakan, para guru akan melakukan aktiviti-aktiviti seperti yang dibawah:

  • Kitaran Pembelajaran: 12 latihan dalam 4 kitaran pembelajaran sepanjang 2 tahun.
  • Kejurulatihan & Sokongan: Sokongan berterusan daripada Jurulatih PDG (pegawai SISC+) dan Penyelaras Program.
  • Perancangan Pembelajaran Berasaskan Projek & Projek Inovasi STEM: Membina pembelajaran pengalaman untuk pelajar melalui Pembelajaran Berasaskan Projek dan projek komuniti.
  • Pendedahan Industri: Melalui Simposium Kebangsaan yang mengumpulkan peserta dari seluruh Malaysia dengan pakar industri melalui ucaptama, bengkel dan pameran.

Ketutamaan Strategik

Program ini melengkapkan program pembangunan guru KPM yang sedia ada melalui 3 Keutamaan Strategik iaitu:

  • Latihan & Kejurulatihan: Menyokong guru dengan bimbingan dan sokongan di lapangan dan maya.
  • Kandungan: Susunan pedagogi STEM dan kandungan kurikulum yang berkualiti tinggi.
  • Infrastruktur: Menyediakan guru akses kepada sumber pengajaran dan pembelajaran STEM terkini iaitu Hab STEM.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk menyertai program ini adalah seperti berikut:

  1. Guru STEM di sekolah menengah yang mengajar STEM dan/atau Geografi.
  2. Semua sekolah menengah di bawah seliaan KPM.
  3. Guru berjawatan tetap dengan baki sekurang-kurangnya 10 tahun perkhidmatan.
  4. Mendapat kelulusan daripada Pengetua (digalakkan).
  5. Guru yang boleh komited dengan perjalanan PDG selama 2 tahun.
  6. Guru dari sekolah dengan majoriti pelajar B40 (kelebihan).

Cara Mendaftar

Pendaftaran bagi program ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan https://www.yayasanpetronas.com.my/programs/dutaguru/
  2. Klik butang “To Apply for Program Duta Guru, Please Click Here.”
  3. Baca arahan pendaftaran.
  4. Isi maklumat yang diperlukan iaitu:
    – Maklumat Peribadi
    – Maklumat Sekolah
    – Penskoran Standard Kualiti@Sekolah
    – Penilaian Esei – Mengandungi 2 bahagian bagi Soalan Esei & 1 Soalan Opsyenal
    – Rujukan
    – Maklum Balas Pengalaman Permohonan Kohort 6
  5. Hantar pendaftaran.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai PDG, sila layari laman web https://www.yayasanpetronas.com.my/programs/dutaguru/

Baca juga: PISP: Semakan Calon Jaya Ijazah Sarjana Perguruan (Pedagogi)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: