PDP-PAKK 2022: Diploma Perguruan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengalu-alukan guru yang sedang berkhidmat di tadika swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memohon Program Diploma Perguruan Pendidikan Awal Kanak-kanak (PDP-PAKK).

Matlamat PDP-PAKK diperkenalkan adalah untuk melahirkan guru Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang terlatih, dinamik, berwibawa dan kompeten dalam melaksanakan tugas sebagai pendidik.

Pengajian program ini dilaksanakan secara sepenuh masa dengan pembelajaran dan pengajaran (PdP) adalah secara pembelajaran teradun (Blended Learning) yang merangkumi interaksi bersemuka secara fizikal dan interaksi secara dalam talian (tidak segerak).

Permohonan untuk ambilan sesi Oktober 2022 dibuka pada 26 Julai 2022 (Selasa) sehingga 26 Ogos 2022 (Jumaat).

Semester Pengajian

Tempoh pengajian untuk program ini adalah 2 tahun/6 Semester:

  • Tahun 1 / Semester 1: Oktober 2022-Januari 2023
  • Tahun 1 / Semester 2: Februari 2023-Mei 2023
  • Tahun 1/Semester 3: Jun 2023-September 2023
  • Tahun 2/Semester 1: Oktober 2023-Januari 2024
  • Tahun 2/Semester 2: Februari 2024-Mei 2024
  • Tahun 2/Semester 3: Jun 2024-September 2024

Lokasi Pengajian

Program ini ditawarkan di kampus terpilih Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara iaitu:

Zon Utara

  • IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang

Zon Tengah

  • IPG Kampus Bahasa Melayu, WP Kuala Lumpur

Zon Selatan

  • IPG Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan
  • IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka
  • IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor

Zon Timur

  • IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Pahang

Zon Sarawak

  • IPG Kampus Batu Lintang, Sarawak
  • IPG Kampus Tun Abdul Razak, Sarawak

Zon Sabah

  • IPG Kampus Gaya, Sabah
  • IPG Kampus Tawau, Sabah
  • IPG Kampus Keningau, Sabah

Struktur Yuran

Bagi sepanjang tempoh pengajian, yuran keseluruhan berjumlah RM8060.00 sahaja.

Bayaran yuran pengajian per semester adalah seperti berikut:

  • Semester 1 (RM1470.00)
  • Semester 2 (RM1020.00)
  • Semester 3 (RM1020.00)
  • Semester 4 (RM1020.00)
  • Semester 5 (RM1020.00)
  • Semester 6 (RM2280.00)

Jumlah Bayaran Yuran Pengajian Semester 1 hingga 6: RM7,830.00
Yuran Pendaftaran dan Insuran (Semester 4): RM230.00

Syarat Umum

Syarat umum yang ditetapkan kepada pemohon adalah seperti:

  • Warganegara Malaysia.
  • Sihat tubuh badan.
  • Sedang berkhidmat serta mengajar di tadika swasta yang berdaftar dengan KPM.

Syarat Akademik

Pemohon juga perlu memenuhi syarat akademik berikut:

  • Memiliki kelulusan SPM/ SPM(V)/ SPVM/ SMA/ SMU dengan tiga kepujian dalam satu sijil atau gabungan dua sijil dalam tempoh tiga tahun berturut-turut serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris; atau
  • Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana mata pelajaran atau yang setaraf dengannya serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM; atau
  • Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang- kurangnya gred Maqbul serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM; atau
  • Bagi pemohon yang tidak memenusi semua syarat di atas, pemohon perlu sekurang-kurangnya lulus ujian penilaian Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL) yang dikendalikan oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.

Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dibuat menerusi tatacara berikut:

  1. Layari pautan berikut https://bit.ly/pdppakk.
  2. Klik butang “Klik Di Sini Untuk Memohon PDP-PAKK Ambilan Oktober 2022.”
  3. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  4. Klik butang “Submit” untuk menghantar permohonan

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai PDP-PAKK, sila layari https://bit.ly/pdppakk.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: