PDPP: Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan KPM 2024

Individu yang berminat untuk mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP), permohonan untuk tahun 2024 telah dibuka.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai permohonan ini.
Mengenai PDPP
PDPP adalah program yang dikhususkan untuk melatih bakal guru di IPG yang ditetapkan oleh KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah menengah.
Bagi individu yang mengikuti program ini, mereka akan menlanjutkan pengajian selama 1 tahun/3 semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.
Mod program adalah sepenuh masa dan interaksi kuliah adalah bersemuka sepenuhnya di kampus.
Bagi pemohon yang berminat, permohonan dibuka sehingga 19 Ogos 2024 jam 11.59 malam.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk program ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Sihat tubuh badan;
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum; dan
- Umur tidak melebihi 35 tahun pada 30 September 2024 iaitu lahir pada atau selepas 30 September 1989.
- Memiliki sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran bahasa Melayu di peringkat SPM.
- Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda dari mana-mana universiti awam (UA) di Malaysia dalam bidang yang ditetapkan dan **diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)/ Cumululative Grade Point Average (CGPA) minimum 2.50; atau
- Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda dari universiti swasta (US) di Malaysia dan luar negara dalam bidang yang ditetapkan serta diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)/Cumululative Grade Point Average (CGPA) minimum 2.50.
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang memenuhi Kluster Mata Pelajaran (KMP) yang ditetapkan oleh KPM.
- Calon yang memohon bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) perlu mencapai tahap penguasaan minimum C1 dalam ujian penguasaan Bahasa Inggeris yang dijajarkan dengan Common European Framework for Languages (CEFR) seperti Malaysian University English Test (MUET), International English Language Testing System (IELTS), C2 Proficiency (CPE), Aptis Advanced, C1 Advanced (CAE), Aptis Remote, Test of English as a Foreign Language (TOEFL) dan Linguaskills.
- Calon yang memohon bidang di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) kecuali bidang bahasa Melayu, Pendidikan Islam dan TESL perlu memiliki sekurang-kurangnya gred kepujian dalam bahasa Cina/bahasa Tamil di peringkat SPM.
- Memenuhi syarat bidang pengkhususan yang ditetapkan
Bidang Pengkhususan
Bidang pengkhususan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Sekolah Kebangsaan (SK)
- Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
- Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah(TESL)
- Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
- Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
- Pendidikan Pemulihan
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
- Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
- Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah(TESL)
- Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
- Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
- Pendidikan Pemulihan
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
- Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
- Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
- Pendidikan Pemulihan
Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK)
- Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
Calon Tidak Layak Memohon
Calon tidak layak memohon program ini adalah seperti berikut:
- Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPG, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan pengajian.
- Calon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan dengan mana-mana agensi termasuk agensi Kerajaan Negeri dan tidak mendapat pelepasan daripada pihak tersebut.
- Calon yang diisytiharkan bankrap.
- Calon yang pernah meletak jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan bagi skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41.
- Calon yang perkhidmatan kerajaan
- Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.
Cara Permohonan
Permohonan boleh dibuat dengan mengikuti cara-cara berikut:
- Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman sesawang KPM di alamat https://mypdpp.moe.gov.my/PD.
- Pemohon dibenarkan mengemukakan satu permohonan sahaja dan boleh mengemaskini permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.
- Pemohon perlu membuat pengesahan permohonan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. KPM tidak akan memproses permohonan yang tidak lengkap, tidak membuat pengesahan dan tidak dihantar pada tarikh yang telah ditetapkan.
- Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan dan tarikh menduduki e-UKCG.
- Sebelum membuat permohonan, pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang https://mypdpp.moe.gov.my/PD bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG), temu duga, Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) dan tarikh-tarikh penting pengambilan.
- Pemohon perlu menyemak tarikh-tarikh penting dari semasa ke semasa bagi mendapatkan maklumat terkini. Walau bagaimanapun, KPM berhak meminda sebarang aktiviti dan tarikh mengikut keperluan semasa.
- Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
Maklumat Tambahan
Pemohon atau calon juga perlu mengambil perhatian maklumat tambahan oleh KPM:
- Yuran pengajian akan ditanggung sepenuhnya oleh KPM dan pelajar akan diberi elaun sara hidup pada kadar RM430 setiap bulan selama satu tahun pengajian.
- KPM tidak akan menanggung sebarang kos lain termasuklah kos sewaan penginapan sepanjang tempoh pengajian.
- KPM tidak akan bertanggungjawab terhadap implikasi yang timbul sekiranya pemohon perlu melepaskan jawatan bagi mengikuti pengajian.
- KPM berhak menawarkan bidang pengkhususan yang berlainan dengan bidang yang dimohon mengikut keperluan KPM.
- Pemohon yang berjaya ditawarkan pengajian hendaklah bersetuju dan patuh dengan terma-terma dalam surat tawaran dan Perjanjian Pendidikan Guru serta pindaan- pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
Pertanyaan Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai PDPP, sila hubungi alamat berikut sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan:
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN
ARAS 1-3, BLOK 2250 JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan, Pusat Hal Ehwal Pelajar)
No. Telefon : 03-8312 6731/6768/6760/6733/6693