Permohonan PDPP Bahasa Jerman & Bahasa Korea IPG 2022

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka tawaran bagi individu yang berminat untuk memohon Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Bahasa Jerman dan Bahasa Korea sepenuh masa di Institut Pendidikan Guru (IPG) ambilan Oktober 2022.

Untuk makluman, PDPP merupakan program yang dikhususkan untuk melatih bakal guru di IPG yang ditetapkan oleh KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah menengah.

Bagi individu yang mengikuti program ini, mereka akan menlanjutkan pengajian selama 1 tahun/3 semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.

Individu yang berminat boleh membuat permohonan secara atas talian mulai 19 April 2022 hingga 28 April 2022.

Syarat Kelayakan Asas

Individu yang berminat perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan asas iaitu:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Sihat tubuh badan.
  3. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  4. Umur tidak melebihi 35 tahun pada 30 September 2022 iaitu lahir pada atau selepas 30 September 1987.

Syarat Kelayakan Akademik

Individu juga perlu memenuhi syarat kelayakan akademik iaitu:

  1. Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Awam (UA) atau Institusi Luar Negara dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia (mempunyai surat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)) KPM yang boleh dimuat turun daripada laman web di alamat:
    http://www2.mqa.gov.my/mqr/
    http://www2.mqa.gov.my/esisraf/
  2. Mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)/Cumulative Grade Point Average (CGPA) 2.50 ke atas.
  3. Memiliki kepujian dalam mata pelajaran bahasa Melayu, di peringkat SPM/SPM (V).
  4. Memenuhi syarat bidang pengkhususan.

Syarat Kelayakan Bidang Pengkhususan

Selain itu, individu juga perlu memenuhi syarat kelayakan bidang pengkhususan yang ditetapkan iaitu:

i) Bahasa Jerman

  1. Memiliki tahap kecekapan minimum bahasa Jerman B2 atau TDN 3 dalam Test Deutsch als Fremdsprache (TestDaF).
  2. Keutamaan kepada pelajar yang bergraduasi dalam sebarang bidang dari universiti di negara Jerman/UA yang diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA).

ii) Bahasa Korea

  1. Memiliki tahap kecekapan bahasa Korea dalam Test of Proficiency in Korean (TOPIK 3).
  2. Keutamaan kepada pelajar yang bergraduasi dalam sebarang bidang dari universiti di negara Korea/UA yang diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA).

Individu Tidak Layak Memohon

Individu yang tidak layak memohon program ini adalah seperti berikut:

  1. Individu yang sedang mengikuti program ikhtisas di mana-mana institusi pengajian tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  2. Individu yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan negeri atau mana-mana pihak dan tidak mendapat pelepasan daripada pihak tersebut.
  3. Individu yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPG KPM dan gagal dalam peperiksaan atau ditamatkan daripada program pengajian.
  4. Individu yang diisytiharkan muflis.
  5. Individu yang pernah meletak jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan bagi skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41.
  6. Individu yang diberhentikan dari perkhidmatan Kerajaan kerana tindakan tatatertib atau disabitkan dengan kesalahan jenayah/penyalahgunaan dadah/ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Cara Memohon

Pemohon boleh membuat permohonan secara atas talian melalui pautan https://mypdpp.moe.gov.my/ba bermula 19 April 2022.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai PDPP Bahasa Jerman dan Bahasa Korea di IPG, sila hubungi Jabatan Pengambilan dan Penempatan (JPP), Pusat Hal Ehwal Pelajar IPG di talian 03-8312 6720/6693/6731/6768/6719/6760 atau email ke [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: