Senarai Pelepasan Cukai LHDN 2024

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengeluarkan senarai pelepasan cukai LHDN 2024 kepada orang awam yang boleh dihantar menerusi e-filing.

Berikut adalah senarai pelepasan cukai yang telah dikeluarkan oleh pihak LHDN.

Individu Yang Dikenakan Cukai

Cukai pendapatan ialah cukai yang dikenakan pada setiap tahun terhadap seseorang yang menerima pendapatan bersifat hasil seperti:

  • Laba/keuntungan daripada sesuatu perniagaan.
  • Laba/keuntungan daripada penggajian.
  • Dividen, faedah atau diskaun.
  • Sewa, royalti atau premium.
  • Pencen, anuiti atau bayaran berkala lain.
  • Laba/keuntungan yang tidak termasuk dalam mana-mana butiran di atas.

Ini bermakna, individu yang mempunyai jumlah pendapatan melebihi nilai ambang yang ditetapkan, yang boleh dikenakan cukai.

Dalam erti kata lain, mereka yang menerima pendapatan penggajian tahunan melebihi RM 37,333 dan mereka yang mempunyai Potongan Cukai Bulanan layak dikenakan cukai.

Kiraan ambang jumlah pendapatan individu yang tidak dikenakan cukai adalah mengambil kira pendapatan kasar tahunan ditolak dengan pelepasan asas individu dan rebat cukai yang layak.

Untuk ambang jumlah pendapatan individu tidak dikenakan cukai mengikut jenis taksiran :

JENIS TAKSIRANPENDAPATAN TAHUNAN (RM)PENDAPATAN BULANAN (RM)
Diri Sendiri (Bujang/janda/balu/duda/pasangan tiada punca pendapatan)37,3333,111
Berasingan
1. Berkahwin + 0 Anak37,3333,111
2. Berkahwin + 1 Anak  
3. Berkahwin + 2 Anak41,3333,444
Bersama
1. Berkahwin + 0 Anak48,0004,000
2. Berkahwin + 1 Anak50,0004,167
3. Berkahwin + 2 Anak52,0004,333

Senarai Pelepasan Cukai LHDN 2024

Senarai pelasan cukai untuk tahun 2024 adalah seperti berikut:

1- Pelepasan Individu

  • Individu dan Saudara Tanggungan (RM9,000)
  • Suami/Isteri/Alimoni Kepada Bekas Isteri (RM4,000)
  • Individu Kurang Upaya (RM6,000)
  • Suami atau Isteri Kurang Upaya (RM5,000)
  • Yuran Pengajian Diri Sendiri (RM7,000)
    – Peringkat tertiari selain Sarjana atau Doktor Falsafah.
    – Peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah (terhad RM7,000).
    – Kursus peningkatan kemahiran (terhad RM2,000).

2- Gaya Hidup & Perubatan

  • Perbelanjaan Perubatan Individu/ Pasangan/ Anak (RM10,000) – Termasuk Rawatan Kesuburan untuk Diri/Pasangan
  • Perbelanjaan Diagnosis dan Rawatan untuk Kurang Upaya Pembelajaran (RM4,000)
  • Pembelian Kit Ujian Kendiri Covid-19 dan Pemeriksaan Perubatan Penuh (RM1,000)
  • Perbelajaan untuk Rawatan Vaksinasi (RM1,000)
  • Perbelanjaan Pemeriksaan & Rawatan Pergigian daripada Pengamal Pergigian yang berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia (RM1,000)
  • Pembelian Peralatan Penyusuan (RM1,000)
  • Peralatan Alat Sokongan Asas untuk Individu/ Suami/ Isteri/ Anak/ Ibubapa/ OKU (RM6,000)
  • Gaya Hidup (RM2,500)
  • Tambahan Gaya Hidup Berkaitan Aktiviti Sukan (RM1,000)
  • Rawatan Perubatan Keperluan Khas dan Penjagaan Ibu Bapa (RM8,000)

3. Pelepasan Anak

  • Anak Berumur Bawah 18 Tahun (RM2,000)
  • Anak Berumur Atas 18 Tahun Belum Berkahwin/ Belajar Sepenuh Masa (RM2,000)
  • Anak Berumur Atas 18 Tahun Belum Berkahwin/ Belajar di IPT (RM8,000)
  • Yuran Taman Asuhan Kanak-Kanak/ Tadika Berdaftar (RM3,000)
  • Anak Kurang Upaya (RM6,000)
  • Tambahan Bagi Anak Kurang Upaya (RM8,000)

4. Caruman, Sumbangan dan Lain-Lain

  • PERKESO/ Skim Insuran Pekerjaan (RM350)
  • Skim Persaraan dan Anuti Tertangguh (RM3,000)
  • SSPN Tabung Bersih (RM8,000)
  • Insuran Nyawa dan KWSP (RM7,000)
  • Insuran Pendidikan dan Perubatan untuk Individu/ Pasangan/ Anak (RM3,000)
  • Pemasangan/ Sewaan/ Pembelian Kemudahan Pengecasan Kenderaan Elektrik Bagi Kegunaan Sendiri (RM2,500)

Info Lanjut

Untuk info lanjut mengenai pelepasan cukai LHDN 2024, sila layari laman web https://www.hasil.gov.my/.

Baca juga: Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis UPKK 2024

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: