Pemansuhan PT3 & Pelaksanaan PBS Mulai 2022

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan pemansuhan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) mulai tahun ini.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin menyatakan pemansuhan PT3 dibuat pada tahun ini dan akan digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Untuk makluman, PT3 telah tidak dilaksanakan sejak tahun 2020 susulan pandemik COVID-19 yang melanda negara.

Sebelum pandemik COVID-19 melanda negara, PT3 telah dilaksanakan di sekolah di mana guru-guru menjana soalan-untuk murid-murid mereka dan peperiksaan dilaksana di bawah kawalan sekolah.

Komponen PBS

Menteri Kanan Pendidikan menyatakan, PBS akan merangkumi tiga komponen pentaksiran iaitu:

  • Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
  • Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
  • Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

Pelaksanaan PBD

Bagi pelaksanaan PBD, penilaian akan tertumpu kepada Pentaksiran Formatif (berterusan) dan Pentaksiran Sumatif.

Untuk Pentaksiran Formatif, KPM memperkasa program latihan untuk pentadbir atau guru bagi memantapkan pelaksanaan pentaksiran berterusan di sekolah.

Bagi Pentaksiran Sumatif pula, KPM akan memantapkan ujian akhir sesi akademik di sekolah rendah untuk lima mata pelajaran (darjah 4 hingga 6) iaitu:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah

Untuk di sekolah menengah pula, pihak KPM akan menyediakan semua mata pelajaran bagi pentaksiran terebut.

Pelaksanaan PAJSK

Pelaksanaan PAJSK pula dilakukan menerusi penilaian kokurikulum yang dilakukan pada setiap tahun sepanjang persekolahan.

Keputusan Pentaksiran akan dipersembahkan dalam bentuk Prestasi Tahun Semasa
(Grade Point Average) dan Himpunan Prestasi sepanjang tempoh perskolahan (Cumulative Grade Point Average).

Pelaksanaan PPsi

Pentaksiran PPsi ialah pentaksiran yang digunakan untuk mengenal pasti kebolehan semula jadi murid, personaliti, bakat, minat, dan kecenderungan.

Kaedah yang digunakan secara sistematik dengan mengumpul maklumat yang menggambarkan tret psikologi iaitu aptitut dan personaliti murid.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/utama/2022/06/848169/pt3-dimansuhkan-diganti-pentaksiran-berasaskan-sekolah

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: